in , , ,

Hafreez Adam & Zara Zya Putus Tunang November Lalu, Tidak Gaduh, Berpisah Secara Baik

Tinggal dua minggu lagi untuk kita menutup tahun 2019, kita mendengar satu lagi berita artis putus tunang. Hari ini, 15 Disember 2019, pelakon Hafreez Adam, 29 tahun telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pelakon Zara Zya sudah pun putus pada bulan November lalu.

Pengesahan dari Hafreez Adam ini sekaligus menamatkan spekulasi dan khabar angin yang bertebaran di media sosial pada minggu lepas yang mengatakan hubungan Hafreez dan Zara Zya sudah retak ekoran dari Hafreez tidak lagi mengikuti Zara di Instagram dan memadankan gambar mereka berdua di sosial media.

Menjawab pertanyaan media ketika itu, tentang soal kenapa unfollow Instagram Zara Zya, Hafreez ketika dihubungi berkata, tiada istilah sudah putus tunang sebaliknya keputusan dibuat bagi memastikan dirinya tidak menerima sebarang tekanan mengenai hubungan yang terjalin.

Hafreez Adam & Zara Zya Putus Tunang

Menurut Hafreez, dia nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram bagi mengelakkan banyak lagi masalah dan cerita-cerita kurang enak,  dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Hafreez bimbang jika hubungan mereka dilanda masalah, ada pulak pihak yang cuba menokok tambah cerita.

Menjelaskan tentang sebab putus tali pertunangan, Hafreez Adam menjelaskan, mereka berpisah secara baik dan secara matang, tidak bergaduh. Hafreez menambah lagi, mereka putus bukan sebab wujudnya orang ketiga. Mereka tak mahu menuding jari menyalahkan orang lain. Sekaligus tidak mahu orang lain terbabit dan tidak mahu orang luar buat spekulasi yang bukan-bukan tentang apa yang berlaku. Memang ada isu yang berlaku tapi biarlah mereka sahaja yang tahu. 

haf10_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1575963841

Keputusan ini adalah yang terbaik buat mereka selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan.

Hafreez yang juga pelakon Mona Lisa berkata, dia sudah memaklumkan keluarganya mengenai perkara itu sejak dari awal mereka putus.

Malah, Hafreez menghadiahkan cincin dan hantaran yang diberi pada hari pertunangan mereka kepada Zara.

hafrezzzya1_1576378859

Hafreez mengakui selepas bertunang, dia dan Zara Zya dapat jumpa hanya dua kali sahaja iaitu pada hari pertunangan dan pada malam Anugerah Skrin. 

Jika korang masih ingat, Budiey sempat menemubual Zara Zya dan Hafreez di karpet merah Anugerah Skrin… ingat lagi tak?

Memetik dari kenyataan yang dikeluarkan di BH Online, Hafreez dan Zara dah bersepakat sebenarnya untuk meleraikan segala spekulasi berkaitan hubungan mereka yang dikatakan retak, sejak beberapa hari lalu.

Pada hari Jumaat lalu, mereka berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan telah bersepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan mereka kepada umum pada hari ini.

Cukup mereka katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Mungkin sudah tiada jodoh berpihak kepada mereka

Hafreez turut menjelaskan, buat waktu ini dia lebih selesa memberikan ruang untuk diri masing-masing, sekali gus mengelak daripada bertembung di mana-mana majlis atau digandingkan dalam mana-mana drama.

Sebagai lelaki yang pernah hadir dalam hidup Zara, Hafreez mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.

Hafreez juga turut berpesan kepada peminat agar tidak bertelagah atau buat apa-apa pertikaian selepas mereka dia dan Zara tidak lagi bersama. Hafreez harap peminat mereka dapat menerima kenyataan dan terus menyokong karier Zara Zya. 

Pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu. Mereka merancang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

TAMAT

photo6316338923550386683_1576374468 adam1

Pelakon, Hafreez Adam, 29, mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara Zya sudah terlerai, bulan lalu.

Akur dengan suratan tertulis, Hafreez bagaimanapun menjelaskan, mereka berpisah secara baik.

Katanya kepada BH Online, dia dan Zara sepakat untuk meleraikan segala spekulasi berkaitan hubungan mereka yang dikatakan retak, sejak beberapa hari lalu.

“Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini.

“Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.

“Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami,”

– Hafreez Adam

Sebelum ini, pelbagai spekulasi muncul apabila Hafreez dikatakan tidak lagi mengikuti Zara di Instagram, selain memadamkan gambar mereka berdua.

Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 itu turut menjelaskan, buat waktu ini dia lebih selesa memberikan ruang untuk diri masing-masing, sekali gus mengelak daripada bertembung atau digandingkan dalam mana-mana drama.

“Buat seketika dan waktu terdekat ini, saya cuba mengelak untuk bertemunya. Saya juga tidak mahu detik sebegitu membuatkan kami berdepan sebarang tekanan daripada pihak luar.

“Saya percaya, masing-masing memerlukan ruang untuk melawan apa sahaja perasaan yang bertamu. Kita tak tahu, selepas berita ini didedahkan, kecaman dan tekanan mungkin bertandang tanpa diduga,”

– Hafreez Adam

Sebagai lelaki yang pernah bertakhta di hati Zara, Hafreez mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.

“Siapa sahaja jodohnya selepas ini, saya akan mendoakan yang terbaik dari kejauhan. Saya turut mengharapkan pengertian peminat kami, untuk sama-sama mendoakan yang baik-baik.

“Kalau boleh, usahlah bertelagah atau membuat apa-apa pertikaian selepas kami tidak lagi bersama. Teruslah menyokong diri dan kerjaya seni kami,”

– Hafreez Adam

Terdahulu, ketika diminta mengulas mengenai kehambaran hubungan mereka, Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 34, menjelaskan ia bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Sama seperti pasangan lain, kami juga berdepan dugaan ketika menempuh alam pertunangan,”

– Zara Zya

Pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu. Mereka merancang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Sumber: Berita Harian

Hafreez, Zara Zya Putus Selepas Sebulan Bertunang

“SELEPAS bertunang baru jumpa dua kali iaitu pada hari pertunangan dan pada malam Anugerah Skrin.

“Kami putus bukan sebab orang ketiga. Ia lebih kepada kami. Saya tak nak buka ruang tuding jari menyalahkan orang lain. Tidak mahu orang lain terbabit. Orang luar jangan spekulasi,” kata pelakon, Hafreez Adam sekali gus mengesahkan sudah putus tunang dengan pelakon Zara Zya sejak bulan lalu iaitu selepas sebulan bertunang.

Hafreez, 29, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, itu adalah terbaik buat mereka selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan.

“Sejujurnya, kami putus bulan lalu. Saya lambat maklumkan perkara ini pun sebab Zara minta diberi masa. Jadi, kelmari kami putuskan untuk bercakap secara rasmi perkara ini. Saya tidak mahu terus menipu.

”Kami tidak gaduh. Kami berpisah secara matang. Ada isu yang terjadi tetapi biarlah antara kami saja yang tahu. Saya jumpa dia dan berbincang.

“Saya cakap apa yang dirasa, begitu juga dengan dia. Selepas apa dilalui, saya berasakan perkara lebih rumit akan berlaku jika perhubungan ini diteruskan. Jadi, putus adalah jalan terbaik. Dalam masa sama, tak nampak hala tuju,” katanya kepada Harian Metro.

Hafreez yang juga pelakon Mona Lisa berkata, dia sudah memaklumkan keluarganya mengenai perkara itu sejak dari awal mereka putus.

Malah, Hafreez menghadiahkan cincin dan hantaran yang diberi pada hari pertunangan mereka kepada Zara.

“Keluarga saya sudah tahu dari awal lagi. Mengenai cincin dan hantaran, saya hadiahkan terus padanya. Saya halalkan dan dia boleh simpan semuanya.

“Tipu kalau saya cakap tak ralat dan kecewa apabila putus. Sebab membabitkan air muka keluarga. Saya sayang dia. Saya bertunang dengan dia seminggu selepas arwah bapa meninggal.

“Apapun, kami anggap ini keputusan matang. Saya anggap bukan jodoh walaupun dulu yakin kami akan kahwin. Malah, sepatutnya masa bertunanang tempoh hari kami merancang nak kahwin terus. Ternyata ini dugaan yang Allah nak beri. Apabila terjadi, saya tahu ada hikmah,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Zara Zya gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Hafreez juga berkongsi, dia dan Zara merancang untuk berkahwin pada 10 Oktober 2020.

Terdahulu, pasangan yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Mona Lisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hairy Mary Umum Kolaborasi Bersama Ardell Aryana di Pembukaan Rasmi Cawangan Publika

Senarai Lagu Tugasan Finalis Gegar Vaganza 2019, Wann & Noorshila Amin Tak Berjaya Ke Konsert Akhir