Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin, tidak lekang dengan senyuman di majlis rumah terbuka keluarganya di Shah Alam pada hari ini. Sambil beramah mesra dengan tetamu yang hadir, Hafizh yang kelihatan segak di dalam persalinan lengkap baju Melayu juga sempat bergambar bersama sanak saudara dan rakan-rakan yang ternyata turut berkongsi kegembiraannya. Semenjak tiga tahun yang lepas, Hafizh menyambut Ramadan dan Syawal di litar lumba serata dunia – samada di sesi latihan mahupun perlumbaan.
Sebagai pelumba motosikal berkuasa tinggi pertama dari Asia Tenggara yang layak bertanding di dalam kategori MotoGP, iaitu kejohanan lumba motosikal terunggul di dunia, tanggungjawab ini digalas dengan penuh ikhlas oleh Hafizh.
Anak muda berusia 25 tahun ini sedar bahawa pengorbanan menyambut bulan Ramadan dan Syawal di rantau orang adalah kecil jika dibandingkan dengan impian dan harapan jutaan peminat yang inginkan Hafizh mengecap kejayaan dan seterusnya menjadi kebanggaan bukan sahaja seluruh rakyat Malaysia, malah di rantau Asia.
Pada awal Ramadan tahun ini, Red Bull Produk Eropah telah melancarkan kempen My Raya Pledge(Ikrar Rayaku) dengan misi untuk untuk mendapatkan jumlah minimum 1,000 ikrar atau azam Raya dari rakyat Malaysia.
Jika sekiranya misi ini tercapai, Red Bull berikrar untuk membawa pulang Hafizh ke tanahair agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga terutama ibu bapa dan isterinya.
Tuah nampaknya menyebelahi pelumba Red Bull KTM Tech3 ini apabila Red Bull berjaya mengumpul sejumlah lebih 1,200 ikrar justeru persiapan terus dibuat untuk membawa Hafizh pulang berhari raya di Malaysia sebaik sahaja selesai perlumbaan di MotoGP di Itali.
Red Bull Produk Eropah akan meneruskan kempen My Raya Pledgesehingga akhir bulan Jun. Ianya terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia kerana Aidilfitri di negara ini bukan sahaja disambut oleh mereka yang beragama Islam.
Ikrar terbaik berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada Red Bull dan Touch ‘n Go eWallet sebagai rakan strategik kempen My Raya Pledge. Pemenang hadiah utama bakal memenangi tajaan sebuah sambutan Rumah Terbuka dari Red Bull yang bukan sahaja terhad kepada majlis rumah terbuka malah majlis sambutan hari jadi, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.
“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan gembira saya kerana dapat pulang menyambut Aidilfitri setelah tiga tahun berjauhan. Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan ikrar mereka justeru merealisasikan impian saya. Kepada yang belum lagi mengambil bahagian, pesan saya agar anda lekas merebut peluang yang diberikan oleh Red Bull ini!,”
– Hafizh
Hafizh akan berangkat ke Catalunya, Sepanyol keesokan harinya untuk meneruskan perjuangan mengharumkan nama negara.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen My Raya Pledge, anda bolehlah melayari www.redbull.my/myrayapledge