Pada 27 Februari lalu, majlis pertunangan antara Hafiz Suip dan Nureffy Jesreel Abdullah atau Effy telah pun berlangsung di Hotel Pullman, Kuching.
Menurut Hafiz, mereka menjalin persahabatan sejak lima tahun lalu ketika beliau belum mencipta nama sebagai penyanyi. Hafiz tertarik dengan Effy kerana gadis itu lemah lembut, matang dan menghormati orang tua.
Antara teman artis yang hadir ialah Khairil Azam Pilus dan Hazama.
Effy yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga berasal dari Kuching, Sarawak. Bakal isteri penyanyi lagu Masih Jelas itu juga sebenarnya mempunyai talian persaudaraan jauh dengan keluarganya dan berusia awal 20-an.
Selamat bertunang, Hafiz! Semoga terus bahagia.