Sejak berpisah dengan penyanyi Adira, jarang kita mendengar perkembangan terbaru penyanyi ini. Sementelah timbul dakwaan, dia kononnya sengaja mengelak daripada berjumpa dengan media. Kalau hadir di satu-satu majlis hiburan, dia yang paling awal pulng sebelum sempat ditemubual.
[dropcap]M[/dropcap]alah Hafiz juga dikatakan sukar menjawab panggilan telefon apatahlagi membalas SMS. Namun jelas penyanyi berusia 22 tahun, sejak akhir-akhir ini dia sibuk tambahan jadual harian yang sangatt ketat menyebabkan dia tidak boleh berada lama di sesebuah majlis. Pun begitu, dalam pada sibuk-sibuk, timbul juga gosip dia kini sudah bertemu pengganti Adira. Eh?
[dropcap]M[/dropcap]engulas mengenai gosip tersebut, Hafiz mengaku yang dia sedang berkawan dengan seseorang seperti yang tersebar di internet ketika ini. Namun penyanyi yang cukup popular dengan lagu Awan Nano ini enggan bercerita panjang mengenai hal itu kerana merasakan belum masanya untuk berkongsi dengan sesiapa dan mendedahkan identiti gadis tersebut.
“Memang saya sedang berkawan dengan seseorang seperti yang tersebar di internet ketika ini. Tapi biarlah saya seorang saja yang tahu mengenainya. Belum masanya untuk berkongsi dengan sesiapa dan mendedahkan identiti gadis terbabit kerana itulah permintaannya.
“Nak kata serik apabila terlalu terbuka mengenai kisah cinta, mungkin ada juga kebenarannya. Susah juga bila kita baru nak mula berkawan, tetapi cerita disebarkan seolah-olah kami memang bercinta.”
[pullquote align=”right”]”Jadi buat masa ini, saya lebih suka tidak berkongsi mengenainya dengan peminat,†katanya.[/pullquote]
Sementara itu, mengenai perkembangan kes saman membabitkannya dengan seorang bekas pengurus pentas, Hafiz berkata, dia tidak boleh mengulas lebih lanjut perkara itu kerana ia sudah diserahkan kepada peguam.
Pemenang vokal terbaik AJL dua kali berturut-turut ini juga bakal menyanyikan lagu Ombak Rindu bersama bekas kekasihnya, Adira, dalam peringkat saringan kedua, Ahad ini.