in , ,

Hafiz & Hazama AF Rebut Takhta Ikon Nipster

Pertarungan Hafiz dan Hazama di Dunia Digital!

Dua Juara Program Realiti Akademi Fantasia, sekali lagi berada dalam satu pertandingan yang bakal menguji populariti mereka. Mereka yang dimaksudkan ialah Juara AF7, Hafiz dan Juara AF8, Hazama yang sedang berentap untuk menguji pengaruh masing-masing dengan cara yang berbeza dengan apa yang telah disajikan sebelum ini. Keunikan pertandingan kali ini tidak terletak kepada keupayaan vokal tetapi lebih kepada kemampuan mereka mendapatkan peminat-peminat di dunia digital dan meraih sokongan mereka melalui satu kempen di Facebook yang dikenali sebagai NIPSter.

Hazama Hafiz

Melalui kempen ini, Hafiz dan Hazama memerlukan undian dan sokongan peminat bagi membolehkan mereka dinobatkan sebagai ikon NIPSter yang pertama di Malaysia. Apa yang perlu dilakukan oleh peminat ialah dengan melayari www.facebook.com/nipsmalaysia dan pilih artis kegemaran mereka, samada Hafiz atau Hazama. Peminat boleh memulakan proses mengumpulkan mata melalui 3 permainan digital yang direka khas untuk menguji kehebatan dan skil permainan digital mereka. Artis yang mendapat pengutan markah yang paling tinggi akan dipilih sebagai ikon NIPSter!

Tambah menarik, apabila peminat yang menyertai permainan digital facebook ini berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa iPad2 dan hadiah utama iaitu MacBook Pro hasil daripada mata terkumpul dari minggu pertama hingga minggu kelapan.

Konsep pertandingan permainan digital yang menggunakan juara program realiti paling poplular di Malaysia seumpama ini adalah yang pertama dipersembahkan oleh pihak NIPS dengan kerjasama Astro.

“Ini adalah inisiatif yang unik daripada pihak kami untuk berinteraksi dengan peminat dan penggemar Nips melalui kaedah yang cukup santai dan menyeronokkan. Kami berhasrat NIPSter bakal menjadi satu komuniti digital yang unggul dalam mendekatkan jenama kami dengan kemahuan dan kehendak pengguna berdasarkan trend dan kehendak semasa. Kami yakin, inisiatif ini akan sentiasa menjadikan Nips popular dan relevan dikalangan pengguna terutamanya remaja di Malaysia,” kata Chan Wai Keong, Pengarah Pemasaran URC Foods Sdn Bhd.

Kempen yang bermula pada 26 September ini akan berlangsung selama 8 minggu dan akan berakhir pada 20 November 2011. Sepanjang kempen berlangsung, peminat yang berjaya mengumpukan mata tertinggi untuk setiap minggu akan diumumkan di laman facebook.com/nipsmalaysia.

Sokongan anda bakal menentukan kemenangan Hafiz atau Hazama!

Hazama Hafiz

Hazama Hafiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memey Suhaiza Muncul Dalam Telemovie Terlambat

Winner The Perfect Gentleman ntv7