*Hafiz Hamidun, selebriti Malaysia pertama bakal berkolaborasi bersama Twitter untuk melancarkan single terbaru sempena Ramadhan, “Marhaban”*
Hafiz Hamidun melangkah setapak lagi dengan menjadi selebriti Malaysia yang pertama bakal berkolaborasi dengan applikasi mikro blog paling popular, Twitter. Tahniah Budiey ucapkan. Tak ramai selebriti kita yang terlintas untuk buat pelancaran macam ni, kan?
[dropcap]K[/dropcap]olaborasi ini bakal menyaksikan pelancaran single terbaru beliau “Marhaban” akan dilakukan secara interaktif dengan para pengikut beliau di Twitter pada 27 Mei 2016, tepat jam 8.30 malam.
“Saya akan membuat sesi soal jawab bersama peminat dengan menggunakan tag #TanyaHH dan akan menjawab soalan-soalan tersebut menggunakan aplikasi Periscope” kata Hafiz.
Para peminat yang mengikuti sesi ini juga bakal menyaksikan Hafiz secara langsung dari Afrika Selatan iaitu lokasi beliau bakal melancarkan single ini, bersempena konsert sulung beliau di Ladium, Pretoria.
Menurut Hafiz lagi, “Single ini merupakan single pertama yang bakal dimuatkan di dalam album baru saya yang ketujuh tidak lama lagi. Oleh kerana single ini bakal berada di pasaran pada hari yang sama dengan konsert saya di Afrika Selatan, saya mahukan peminat saya di seluruh dunia dapat mengikuti pelancaran ini secara interaktif, menerusi twitter”.
Single “Marhaban” boleh dimuat turun menerusi iTunes dan streaming oleh rangkaian digital yang mengambil bahagian tepat jam 12 malam waktu Malaysia, 27 Mei ini.
Ikuti Hafiz Hamidun di Twitter: @hafizhamidun.