Selepas pelbagai isu kontroversi melibatkan pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa, akhirnya pagi ini pasangan itu mengambil keputusan untuk membubarkan pernikahan mereka. Joy Revfa memfailkan pembubaran pernikahan selepas suaminya Hafiz Hamidun meragui status pernikahan mereka.
“Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.
“Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.
“Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah,” katanya ketika ditemui Berita Harian selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Hafiz yang berada di perkarangan mahkamah seawal 9 pagi turut memfailkan pembubaran pernikahan mereka. Mereka berkahwin pada 1 Mei yang lalu.
Sumber: Berita Harian