Pada petang ini, album Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun yang dinantikan oleh ramai penggemar lagu zikir akhirnya akan dilancarkan. Satu majlis pelancaran dan berbuka puasa akan diadakan di Mutiara Damansara. Budiey kira, pelancaran ini sangat sesuai dan tepat pada masanya di mana album versi kedua ini begitu dinantikan oleh sekalian peminat dan tambahan pula ianya dilancarkan di bulan Ramadan ini. Sekalung tahniah buat Hafiz Hamidun di atas pelancaran album ini. Alhamdulilah.
[dropcap]S[/dropcap]ebelum ini, Album Zikir Terapi Diri telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 150,000 unit sepanjang setahun setengah berada di pasaran dan sehingga kini album tersebut masih lagi mendapat permintaan yang tinggi.
[pullquote align=”right”]Budiey rasakan, satu senario baru dalam penjualan album nasyid kontemporari di mana album Zikir Terapi Diri ini menjadi pilihan pembeli dengan jualan yang amat memberangsangkan.[/pullquote]
Dua hari sebelum pelancaran, Budiey ada menonton sebuah video terbaru dari yang dipetik dari lagu album Zikir Terapi Diri 2 berjudul Rabbi Zidni. Mendengarnya, membuatkan Budiey teringatkan dengan lagu-lagu asli lama. Ya, versi irama zikir kali ini disuntik dengan muzik Melayu asli. Ada unsur muzik Melayu. Budiey mendapati ramai peminat dan pendengar memberikan respon yang positif dengan pembaharuan untuk album kali ini. Tak sampai dua hari dilancarkan di Youtube, video ini sudah pun mencecah 10,900 penonton.
Pada pagi tadi, Budiey ada menonton juga Hafiz Hamidun sebagai tetamu di Malaysia Hari Ini. Dan tak syak lagi, jika Budiey katakan album ini akan berjaya mengutip jualan yang setanding atau lebih dengan album Zikir Terapi Diri yang pertama. Insyaallah.
Bertindak sebagai penerbit, komposer dan penyanyi untuk album ini, Hafiz berhasrat agar zikir – zikir ini sentiasa menjadi pilihan terutamanya anak muda.
“Apa yang saya impikan adalah untuk menjadikan zikir ini satu fenomena serta ‘trend’ dan kalau boleh saya nak tengok dan dengar orang sentiasa berzikir walau dimana sekalipun. Contohnya, macam kita dengar orang menyanyi, dimana – mana sahaja pasti kita akan kedengaran suara – suara berkumandang jadi selepas ini tiada salahnya jika mereka semua berzikir sambil berjalan. Lebih membanggakan lagi jika mereka berzikir mengikut melodi ‘zikir terapi diri’ pastinya saya akan tersenyum gembira.”
Menurut Hafiz Hamidun yang juga Pengarah Urusan syarikat Arteffects Sdn. Bhd, album ini telah pun mendapat tempahan sebanyak 15,000 unit setakat ini. Berkonsepkan irama nusantara dimana terdapat irama melayu, jawa dan zapin didalam album zikir kali ini, inilah kelainan yang dilakukan oleh Hafiz agar ianya berbeza dengan zikir terapi diri yang pertama tetapi masih mengekalkan identiti ‘terapi’. Bagi mereka yang dah pun membeli album zikir yang pertama pastikan kesinambungannya, yang pasti mendayu – dayu dan memberikan keinsafan.
Peminat setia Zikir Terapi Diri boleh medapatkan CD yang dijual dengan harga RM21.90 dipasaran seluruh negara. Peminat juga boleh membeli album ini dengan membuat tempahan ditalian 017-281 2978 menerusi sms atau whatsapp atau hubungi 03 – 7727 1297.
Album yang diterbitkan oleh Arteffects Sdn. Bhd dengan kerjasama Neo Record dan Warner Music (M) Sdn. Bhd selaku pengedar dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan tambahan pula ianya amat sesuai untuk didengari di bulan yang mulia ini.