Pelakon Hafidz Roshdi menimang cahaya mata keduanya selepas isterinya selamat bersalin bayi lelaki hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan Hafidz, 26, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
“Alhamdulillah sama tarikh, sama baju. Little beast is here.
“Sepasang lelaki dan perempuan. Allah merupakan sebaik-baik perancang,” tulisnya.
Dalam entri tersebut, Hafidz berkongsi gambar dirinya yang sedang mendukung bayi lelakinya.
Menariknya, Hafidz menyarungkan baju yang sama ketika dirinya menyambut kelahiran anak pertamanya, Humairah pada 9 September 2017.
Di ruangan komen, pengikut dan rakan artis mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata barunya itu.
“OMG! Dua-dua sama tarikh lahir! Tahniah,” komen pelakon Eyka Farhana.
“Itu memang baju menyambut kelahiran eh? Tahniah!,” komen pengikutnya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016.