Memetik Sinar Harian, peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader bagaimanapun berkata belum ada keputusan dikeluarkan kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Akberdin juga memberitahu bahawa tiada halangan untuk pelakon itu bertemu dengan anak-anaknya dalam tempoh rawatan berlangsung.
Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada pada 2 Mac lalu. Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.