Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri berkata ia berdasarkan laporan psikiatri yang dikeluarkan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak ke atas pelakon itu.
“Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri telah diterima dan tertuduh (Hafidz) disahkan waras dan boleh dibicarakan,â€
– Timbalan Pendakwa Raya
Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah satu tarikh sebutan lain ditetapkan bagi serahan dokumen.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz turut memaklumkan pihak mahkamah perlu meneliti semula semua dokumen mengenai segala pertuduhan anak guamnya sebelum tindakan selanjutnya.
“Belum bicara lagi, akan ada sebutan baru nanti…selepas teliti semua keterangan dalam bentuk dokumen yang diserahkan itu maka baru boleh buat keputusan utnuk pertimbangkan kembali kes ini untuk tindakan selanjutnya.
– Timbalan Pendakwa Raya
“Fokus kita ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan sewaktu kejadian (tumbuk isterinya) tu lain,â€
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali.