Perjalanan masa lalu mengajar kita untuk berfikir lebih matang. Pengalaman pahit manis yang dikumpul sepanjang melalui titian kehidupan ini sudah tentu membuatkan kita lebih cerdik. Dari situ, kita bijak untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dari situ kita kenal siapa kita, kemampuan kita dan apa yang boleh kita buat untuk menjadikan hidup kita lebih baik di masa hadapan. Betul tak?
Biarpun sudah jauh melangkah akhirnya dia berjaya memahat nama di persada seni. Bukan calang-calang tempoh weiii, sedekad lamanya dia mencuba. Kalau kita mungkin dah tumbang dan tak nak lagi masuk industri. Asyik muka sama je… kat luar sana ramai lagi berbakat. Tapi orang kita ni tak nak terima.
Mungkin di benak fikiran segelintir peminat muzik tempatan, Hael Husaini merupakan artis baharu yang perlahan bertatih mendaki puncak populariti dan itu tanggapan biasa bagi Hael.
Bermula sebagai peserta rancangan realiti One In A Million sekitar 2008, dia tetap mencuba dan tidak pernah mengalah. Tiada istilah lelah atau putus asa dalam kamus lelaki ini.
Malah tidak hanya mencuba secara solo, Hael juga tampil menerusi kolaborasi duo dengan Azhar menerusi kumpulan Azhael. Azhael telah berjaya menempatkan diri di Akademi Fantasia. Namun tidak sampai lima tahun berganding kumpulan tersebut terkubur.
Semalam, penyanyi yang kini semakin digilai ramai, Hael Husaini telah menyiarkan satu klip di Instagram miliknya. Dalam klip itu, dipaparkan Hael Husaini sedang dikritik oleh juri Datuk Syafinaz dan Paul Moss semasa peringkat saringan untuk menempatkan diri dalam pertandingan nyanyian yang diterbitkan oleh 8TV iaitu ONE IN A MILLION.
Hael Husaini Pernah Terima Kritikan Pedas & Gagal Join ONE IN A MILLION 8TV
Kelakar jugak tengok imej Hael pada masa tu. Imej Hael pada waktu itu berambut panjang dan sangat lain dari sekarang ini. Dua orang juri pertandingan itu iaitu Datuk Syafinaz dan Paul Moss telah memberikan komen dan kritikan yang agak pedas juga sebab tak puas hati dengan persembahan yang dibuat oleh Hael yang dianggap ambil lewa dan cara nyanyian pun tak bersungguh. Mungkin Hael masa tu tengah berdebar-debar dan tengah darah gemuruh.
Mungkin kritikan itu takde la pedas sangat bagi sesetengah pihak. Tapi bagi Hael ia sudah cukup untuk membakar semangat untuk terus membuktikan bakat beliau. Hanya tunggu masa yang tepat sahaja. Mungkin dulu masa bukan milik Hael tapi dengan usaha yang tak pernah mengenal erti penat, Hael kini boleh berbangga dengan apa yang dia lakukan sekarang.
Dari satu tangga ke satu tangga Hael mendaki untuk terus diterima ramai. Bukan senang, tapi Hael tetap tempuhi apa sahaja cabaran.
Selain telah mencipta lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza (ANTA PERMANA), Hael bakal mengetengahkan lagi lagu-lagunya yang dicipta bersama Ezra Kong untuk beberapa orang penyanyi popular tanahair.
Semoga Hael terus sukses.