Penyanyi-penggubah lagu tanah air dengan sentuhan ajaib, Hael Husaini hadir dengan single pop moden terbaharu yang santai dan ‘chill’ berjudul ‘SAYANG DO YOU LOVE ME?’ (SDYLM?) hasil nukilan penyanyinya dengan komposer popular, Ezra Kong dan diterbitkan oleh peneraju hiburan Malaysia yang paling berpengaruh masa kini, Rocketfuel Entertainment.
“Terima kasih kepada semua pihak terutamanya peminat kerana memahami dan terus menyokong walaupun konsert solo saya ‘Hael Husaini Live In KL’ terpaksa berdepan dengan penangguhan,” luah pemilik nama sebenar Hal Husaini Ramzi, 34 tahun.
Dengan jadual seni yang padat, Hael beruntung kerana diuruskan oleh ‘team’ yang profesional dan pihak pengurusan Rocketfuel yang mahir mengendalikan setiap aturan kerjanya.
“Walaupun sibuk, saya masih mahu berkarya dan SAYANG DO YOU LOVE ME adalah buktinya. Saya dan Ezra inginkan suatu karya yang ringan dan santai untuk pendengar persis single ‘Kelentang-Kelentong’ yang diterima hebat sebelum ini.
“Formula yang digunakan tidak banyak beza iaitu mesra media sosial, di mana kami bayangkan lagu ini digunakan sebagai bunyi latar bagi video-video yang dimuat naik di media sosial.
Menurut Hael, single ini menceritakan tentang kisah percintaan sepasang kekasih yang ada pahit manis dan gurau senda antara mereka dengan mesej yang ringkas untuk pendengar berrhibur dan bergembira apabila mendengarnya.
“Lagu ini masih mengekalkan genre pop cuma pada kali ini saya memilih untuk santai-santai dan ‘chill’.
“Saya mula merakamkan lagu ini sejurus single ‘Sama Seperti Dulu’ dilancarkan, setelah berbincang dengan Ezra, akhirnya kami memilih lagu ini untuk disiapkan dan dirakamkan, dan segala proses susunan dan rakaman dilakukan sepenuhnya di studio rakaman milik Ezra.
“Setakat ini tiada perancangan untuk menghasilkan video muzik (MV) lagu ini, dan saya bersama pihak Rocketfuel akan melancarkan lirik video rasminya sahaja terlebih dahulu serentak dengan lagu, kalau sambutan menggalakkan mungkin kami akan memikirkan tentang penghasilan MV,” tambah Hael.
Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel mengulas, “Terima kasih kepada semua pihak kerana memahami dan terus menyokong Hael walaupun konsert yang sepatutnya dilakukan pada bulan ini berdepan dengan penundaan.
“Namun begitu, dedikasi Hael sebagai anak seni wajar diberi perhatian, beliau masih sempat menghasilkan single baharu demi menghiburkan para peminatnya dan pendegar semua.
Akhiri Hael: “Harapan saya tentulah inginkan kejayaan yang sama seperti lagu-lagu saya sebelum ini, maklumlah setiap lagu yang dihasilkan memerlukan usaha dan pelaburan yang tinggi.
“Jadi saya berharap agar pendengar dan penyokong muzik saya dapat memberi sokongan kepada lagu ini.
Lagu ‘SAYANG DO YOU LOVE ME?’ boleh dimuat turun di iTunes mulai 2 Disember 2022 dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Tajuk : SAYANG DO YOU LOVE ME?
Artis : Hael Husaini
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Terbitan : Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.
Verse 1
Awan pagi menemaniku
Dan langit seakan semakin membiru
Seperti alam pun turut setuju
Dengan ku
Sambil berpegangkan latte ku
Sambil itu juga I’ll be texting you
Ku ingin tahu segalanya
Tentangmu
Pre-chorus
Hello sayang buat apa
Sorry baby sedang kerja
Macam aku takde kerja
Kerja pun I still have time for you
Still have masa untuk you
Chorus
S A Y A N G
Sayang do you love me?
Ku S A Y A N G Kamu
S A Y A N G
Sayang do you love me?
Say you S A Y A N G aku
Aiyaiyaiyai
Aiyaiyaiyai
Aiyaiyaiyai
Sayang do you love me?
Say you S A Y A N G aku
Verse 2
Saat bangun text la ku dulu
Sebelum tidur video call dulu
Ingin ku lihat senyumanmu
Yang ku rindu…