Memetik laporan Harian Metro, Hael Husaini tidak tahu bagaimana gosip itu boleh tercetus namun tuduhan berkenaan tidak berasas sama sekali.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja. Apa yang boleh saya katakan, makin kita meningkat usia semakin kita pandai jaga diri.
“Waktu muda dulu mungkin saya tidak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah makin tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin,” katanya.
– Hael Husaini
Haelberkata syarikat pengurusannya amat menitikberatkan soal penampilan selain aspek nyanyian, malah ada pasukan profesional yang akan menyiapkannya.
“Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.
“Kalau dulu, umpamanya saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja, sekarang dah ada pasukan yang siapkan. Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera,”
– Hael Husaini