Majlis pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, keluarga pihak lelaki memakai warna sedondon iaitu dusty blue.
Dari perkongsian di laman Instagram, majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan mantap dari penyanyi berkaliber, iaitu Hael Husaini. Sedang melayan, video Hael Husaini, sekali ada kelihatan individu yang paling mencuri perhatian pada hari berkenaan iaitu kemunculan PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail yang memakai baju melayu rona sedondon dengan pihak perempuan.
Ramai warganet mengandaikan hubungan mereka kini di fasa lebih serius memandangkan PU Riz berada dan bersama-sama dalam aktiviti keluarga Neelofa.
Video ini menjadi viral setelah dikongsikan di beberapa akaun laman media peminat Neelofa.
Selain itu, menguatkan lagi andaian netizen ini apabila Noor Nabila meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual. Difahamkan, PU Riz merupakan salah seorang saksi untuk pernikahan Aqief.
Sebelum ini, PU Riz berkata hubungan dengan Neelofa hanya atas dasar kerja semata-mata. Sementara itu, Neelofa pula enggan gosip mengaitkan dirinya dengan PU Riz mengaburi program amal yang dijayakan bersama pendakwah itu. Adakah betul mereka sebenarnya bercinta? Sama-sama doakan hubungan Neelofa dan PU Riz bukanlah sekadar gosip semata-mata.
Selain itu, Pu Riz turut dirakam ada bergambar bersama kelurga Neelofa, namun tidaklah ada gambar secara berdua.
Namun ianya ternyata tetap membuatkan peminat Neelofa rasa gembira dan rata-rata suka sekiranya betullah Neelofa ada apa-apa dengan Pu Riz.
Mengimbas kembali kisah mereka, Neelofa sebelum ini akui dia dan Pu Riz memang lama dah kenal malah sering bekerjasama sebelum ini.
Noor Nabila Bagi ‘Hint’ Bunga-Bunga Cinta Lofa dan PU Riz?
Kemunculan pendakwah bebas, PU Riz yang berbaju Melayu biru pada majlis perkahwinan adik pengacara, Neelofa iaitu Mohamed Aqief, menjadi bualan dalam kalangan warganet, semalam.
Ditambah pula, kakak Lofa iaitu Noor Nabila memuat naik video di Instagram Story yang memaparkan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail sedang bersembang dengan Lofa disertai emoji hati.
Tindakan Noor Nabila itu seolah-olah memberi bayangan mengenai apakah hubungan yang terjalin antara PU Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu dengan Lofa selain rona sedondon yang dikenakan.
Video itu juga dikongsikan beberapa akaun di Instagram yang rata-rata teruja dengan hubungan rapat yang terjalin antara PU Riz bersama keluarga bekas hos MeleTop itu.
Terdahulu, PU Riz menjelaskan hubungannya dengan Lofa hanya atas dasar kerja semata-mata. Tidak ada soal hati atau perasaan antara mereka seperti yang digembar-gemburkan.
Dia mendakwa setiap kali tampil berdua, ia atas faktor kerja terutama aktiviti dakwah. Menurutnya lagi, perkara itu dilihat sebagai satu usaha dakwah dan melakukan perkara yang baik.
*Sumber: Harian Metro