Berita ini sekaligus menjawab spekulasi tular sejak semalam apabila mereka dilihat kembali mesra dan dilihat seperti sedang dilamun cinta dalam sesi podcast Budiey Channel yang dimuat naik semalam di laman YouTube.
Farid Kamil & Diana Danielle Akan Segera Ke Mahkamah Untuk Rujuk Semula
Diana Danielle Danny Beeson menyatakan dia dan Farid akan ke Mahkamah Syariah dengan secepat mungkin bagi menyelesaikan urusan rujuk semula.
Tambah Diana, mereka berdua kini masih dalam fasa untuk memperbaiki diri serta mencari jalan terbaik untuk rumah tangga pada masa akan datang demi anak-anak.
Diana bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana ia adalah privasi di antara mereka berdua.
Ditemui di Karnival Mega Suria di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Farid juga dilihat sempat menghadiahkan kucupan hangat pada pipi Diana Danielle sebagai tanda hubungan mereka telah pulih.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 namun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.