in ,

Hadiahkan Ibu Beg LV RM14,200, Nubhan Tiada Niat Menunjuk

Baru-baru ini, penyanyi Nubhan berkongsikan video menghadiahkan ibu tercinta, Badariah Omar, 76 tahun beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga RM14,200.

Nubhan berkata ibunya yang dikenali sebaga Omak Jenny di kalangan pengikut Instagram terkejut dengan harga beg tangan tersebut.

“Selepas saya membeli beg itu mak begitu terkejut dan tak sangka dekat dunia ini ada beg yang berharga sebegitu. Dia terkedu dengan nilai beg yang dipilihnya itu.

“Sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah beberapa kali dia tanya kepada saya adakah benar harga beg itu RM14,200 dan menganggap saya ‘gila’ kerana membeli beg itu untuk dirinya.

“Sebelum ini saya memang selalu hadiahkan mak barang tapi dia tak tahu nilai barang berkenaan. Tapi kali ini saya bawa mak ke butik untuk dia pilih mengikut cita rasanya,” katanya.

Nubhan berkata video dikongsikannya itu bukan niat untuk menunjuk tetapi mahu membalas jasa ibu tercinta dan sudah lama berhasrat untuk menghadiahkan beg tangan buat ibunya.

“Saya memang sudah lama berhajat nak hadiahkan mak beg. Sebelum ini, saya belikan saja beg mengikut cita rasa saya, tapi kali ini saya bawanya bersama dan dia lihat sendiri harga beg terbabit.

“Saya tak sangka video spontan mak mendapat maklum balas positif. Ramai yang mendoakan mak dan seronok melihat video terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Nubhan turut meluahkan rasa syukur apabila perkongsiannya itu turut memberi inspirasi dan keinsafan kepada pengikutnya untuk membalas jasa ibu bapa mereka.

“Saya bersyukur apabila ramai yang terkesan dan ingin membalas budi ibu bapa mereka . Sekurang-kurangnya perkongsian video saya memberi manfaat kepada orang ramai. Tidaklah dianggap syok sendiri,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NIKI SPLIT

Niki Releases New Single SPLIT on November 18, Featured On 88Rising’s Head In The Clouds 3

TRAVEL

Pementasan Wayang Kulit Sakti dan Gema Gangsa di Istana Budaya