in

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang Peraduan Ratu Jumbo 2013

Peraduan Ratu Jumbo 2013 kembali tahun ini di Sungei Wang Plaza untuk mencari wanita bersaiz besar yang layak untuk dinobatkan sebagai Juara Ratu Jumbo 2013 semasa Pusingan Akhir pada 13 Oktober 2013.

[dropcap]S[/dropcap]ebuah Sidang Media telah diadakan pada 15 Ogos 2013 dengan kehadiran bekas Juara Peraduan Ratu Jumbo 2012 yang bernama Honey Aishah dan juga Adelyn Lee yang merupakan naib juara Peraduan Ratu Jumbo 2012. Kedua-dua bekas pemenang tahun 2012 telah berkongsi pengalaman lepas semasa bertanding dan pandangan terhadap peraduan ini.

Untuk memeriahkan lagi suasana, bekas pemenang Ratu Jumbo dari tahaun-tahun sebelumnya seperti Sharon Lim, Winnie Goh, Moon Yong dan Joanne Ng telah membuat persembahan tarian yang mengegarkan dengan lagu “Call, Me Maybe” oleh Carly Rae Jepson dan “Gentleman” oleh Psy.

Pemenang Peraduan Ratu Jumbo 2013

Peraduan ini dibuka kepada wanita bujang atau yang sudah berkahwin dengan berat badan minimum 80kg. Para peserta akan diadili berdasarkan personality, keyakinan diri, sokongan dari penonton, pakaian dan persembahan keseluruhan. Para peserta dikehendaki melalui Pusingan Pemilihan terlebih dahulu sama ada pada tarikh 17 atau 24 September 2013. Mereka kemudiannya akan disenarai pendek untuk ke Pusingan Separuh Akhir yang akan diadakan pada 1 Oktober 2013 dan akhirnya ke Pusingan Akhir pada 13 Oktober 2013. Kesemua peserta dikehendaki mengenalkan diri, menari, “catwalk” dan mempersembahkan bakat mereka semasa peraduan ini.

Peraduan ini telah diadakan sejak tahun 2010 dan diilhamkan oleh Peraduan Ratu Jumbo di Thailand. Sungei Wang Plaza merupakan pusat beli-belah yang pertama di Malaysia untuk menganjurkan peraduan ini.
En FK Tang, Pengurus Komplek Sungei Wang Plaza berkata; “Peraduan ini diadakan bukan untuk menghina wanita bersaiz besar tetapi untuk memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat serta menyerlahkan perwatakan mereka seperti peraduan lain. Saya ingin mendorong lebih ramai wanita bersaiz besar untuk menyertai peraduan ini. Percaya pada diri sendiri dan sinar seperti berlian!”

Pemenang Peraduan Ratu Jumbo 2013

Juara Ratu Jumbo 2013 akan pulang dengan Wang tunai RM5,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM1,000, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM800, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM500, Kursus solek muka bernilai RM900, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM800, Trofi dan Selempang manakala naib juara akan menerima Wang tunai RM3,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM500, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM500, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM300, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM400, Trofi dan Selempang.

Pemenang tempat ke-tiga akan pulang dengan Wang tunai RM2,000, Baucer A-Look Eyewear bernilai RM500, Baucer Miko Hair Studio bernilai RM200, Barangan solekan Xpression Make Up bernilai RM200, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM300, Trofi dan Selempang. Terdapat juga empat hadiah sagu hati untuk anugerah gelaran “Paling Popular”, “Paling Berbakat”, “Undian Paling Tinggi di Facebook” dan “MY FM Most Popular Award” di mana setiap satu pemenang sagu hati ini akan mendapat Wang tunai RM500, Baucer Beli-belah bernilai RM500, Baucer Produk Kecantikan Kulit Lafa Quen bernilai RM100 dan Trofi.

Ratu Jumbo 2013 ditaja oleh A-Look Eyewear. Radio rasmi adalah MY FM dan MIX FM manakala majalah rasmi adalah feminine. Alat solek asmi adalah Xpression Make-Up Academy diikuti ericaplus sebagai pakaian rasmi. Salon rambut rasmi adalah Miko Hair Studi dan produk kecantikan kulit rasmi adalah Lafa Quen. Penghargaan juga kepada Mega Ultimate.

Pendaftaran dibuka sekarang dan borang penyertaan boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan di tingkat LG. Mereka yang berminat untuk menyertai peraduan ini boleh menghubungi Code Entertainment di talian 03-9281 1303 / Cik Cindy Leong di talian 012-235 2132 atau En David Koay di 012-210 8701 untuk maklumat lebih atau pendaftaran.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En K K Lim atau Cik Joanne Lee darI Bahagian Pemasaran dan Komunikasi di talian 03-2142 6636 atau melalui emel di [email protected]. Layari laman web kami di www.sungeiwang.com atau www.facebook.com/sungeiwangplaza untuk maklumat lebih mengenai promosi kami.

Pemenang Peraduan Ratu Jumbo 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Lirik Lagu Katy Perry ROAR Berkonsep Emoji SMS

Siapakah Hos Baru 3R