in ,

Guna Lambang Peribadi Sultan Johor, Wak Doyok Mohon Maaf

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok membuat permohonan maaf kepada kerabat Diraja Johor atas kecuaian dan kesilapannya menyalahgunakan lambang peribadi institusi diraja berkenaan.

Menurut Wak atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 41, dia tidak mengetahui mengenai batas protokol istana dan menyesali kesilapan yang dilakukan itu.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak sembah takzim dan mohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.

“Salam kemaafan saya panjatkan juga kepada bangsa Johor yang saya muliakan. Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca kerana tidak arif dalam mengenali batas protokol diraja.

“Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta usrah diraja,” tulisnya di Instagram bersama gambar kosong berwarna putih pada malam Selasa.

– Wak Doyok

Sebelum ini, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Guna Lambang Peribadi Sultan Johor, Wak Doyok Mohon Maaf

Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.

“Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.

guna-lambang-peribadi-sultan-johor-wak-doyok-bersuara_5ea8a205db88d
Paparan skrin daripada Instagram Tunku Idris.

Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.

Johor mula menguatkuasakan undang-undang terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Enakmen itu memperuntukkan undang-undang ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

Sumber: mStar Online & IG Wak Doyok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mr Bie Tak Sangka Lagu AISYAH ISTRI RASULULLAH Jadi Viral Seluruh Dunia

Neelofa Tampil dalam Video Lirik Lagu DAMBA CINTAMU Tanpa Bayaran