in

Grand Opening Legoland Malaysia Meriah

Rasa teruja yang luar biasa dapat Budiey rasakan menguasai diri seawal menerima jemputan dari Maybank untuk bersama dengan rombongan ke Legoland Malaysia yang kini menjadi daya tarikan terbaru di Nusajaya. Rasa sangat beruntung sebab selain menyediakan pengangkutan, Maybank juga telah menaja Budiey dan isteri untuk menginap di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru.

Rasa tidak percaya pun ada dapat memijakkan kaki ke Legoland Malaysia. Lantaran ini adalah kali pertama jemputan dari sebuah bank terkemuka untuk melihat secara dekat berlangsungnya Majlis Pembukaan Rasmi Legoland Malaysia.

Budiey dan rombongan bertolak ke Johor Bahru pada hari Jumaat sehari sebelum berlangsungnya Grand Opening. Kami berkumpul di Menara Maybank, Jalan Tun Perak dan bertolak dalam jam 10 pagi.

Legoland

Jadi, sebelum jemari Budiey ligat menari untuk melakar kenangan sepanjang lawatan, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Maybank yang sudi menjemput Budiey.com. Bukan semua penulis blog dapat peluang keemasan seperti ini. Sesetengah orang memandang rendah dengan kehadiran blogger. Tak kurang ada yang kurang senang dan mencemuh blogger sebagai penyibuk. Dengan itu, tak perlu nak pandang rendah kepada kami sebab kadang-kadang, kami diberi layanan lebih baik dari media lain.

Kepada blogger lain di luar sana, kenalah bersyukur dan bagi saya sendiri, Budiey ambil peluang ini untuk menerokai sepenuhnya segala yang ada di Legoland Malaysia. Dengarnya, susah juga untuk mendapat pass media bagi upacara Grand Opening Legoland Malaysia sebab jemputannya sangat terhad berbanding dengan Prebiu Media Legoland yang berlangsung dua-tiga minggu lalu.

Mungkin ramai yang tertanya, apa kaitan Maybank dengan Legoland Malaysia? Ya, kalau anda nak tahu, Maybank adalah salah satu penaja bersama Legoland Malaysia dan jika anda masuk Legoland tu, jangan lupa singgahlah di Maybank Kingdom.

Legoland Malaysia

Ini dia salah satu tarikan di Legoland Malaysia. Sebuah istana tersergam kukuh di mana kat dalam ni anda semua boleh naik Dragon Roller Coaster.

Dalam perjalanan, kami tak berehat ya sebab semua blogger diberi set permainan Lego dan diberi tugasan berupa cabaran untuk mencantumkan kepingan Lego.

Belum sampai Legoland, Budiey dah dapat satu kotak permainan Lego. #TripBudieyLegoland

Rasanya, untuk bercakap pasal Legoland Malaysia ni, sehari pun tak habis. Jadi, Budiey ceritakan apa yang Budiey rasa penting untuk diceritakan kepada anda semua kat sini.

Terlebih dulu, Budiey ingin menjawab soalan dari pembaca yang bertanya tentang harga tiket masuk Legoland Malaysia. Okay, harganya mungkin dianggap sangat mahal bagi kita orang Malaysia iaitu RM140 bagi orang dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak kanak (3-11 tahun) dan warga tua (60 tahun ke atas).

Namun begitu, Budiey rasa ianya sangat berbaloi dengan keseronokan dan pengalaman yang akan dirasai oleh pengunjung. Yelah, bayangkan sahaja, untuk buat Legoland ni sahaja, makan kos pembelanjaan sebanyak RM720 juta.

Apa tah lagi apabila Budiey rasa, dengan diskaun untuk pemegang MyKad sebanyak RM30 sangat memadai. Jadi, cepat-cepatlah dapatkan pass anda sebelum bulan April 2014 di mana diskaun RM30 untuk pemegang MyKad sangat terhad.

Kepada yang nak tempah tiket melalui dalam talian, bolehlah melayari: http://redtix.airasia.com/Events/Legoland/#

Kalau nak tahu, Legoland Malaysia adalah taman tema yang sangat sesuai untuk seisi keluarga dengan kanak-kanak berumur antara 2 hingga 12 tahun. Lebih 40 permainan interactive rides, pertunjukkan dan tarikan disediakan.

Ini dia tiket masuk Legoland Malaysia. Sangat ringkas dan sempoi je.

Oh ya, anda ada pilihan lain untuk dapatkan harga jimat bagi pass Legoland ni.

Selain dari dapat voucher diskaun 30% dari Maybank, Budiey cadangkan anda buat je Annual Pass (Pass Tahunan) di mana harganya sangat berbaloi iaitu RM275 untuk dewasa dan RM210 untuk kanak-kanak (3-11 tahun) dan warga tua (60 tahun ke atas). Untuk ahli Maybank juga, anda boleh dapatkan diskaun untuk Annual Pass ni. Nak tahu lebih lanjut, layari www.maybank2u.com

Okay kita tutup cerita pasal tiket. Budiey nak ceritakan tentang event Grand Opening yang berlangsung pada 15 September yang lalu di mana ia merupakan hari pertama Legoland Malaysia yang seluas 76 ekar itu dibuka kepada orang ramai.

Pada awal pagi, selepas sahaja bersarapan, lebih kurang jam 7 pagi, rombongan yang membawa penulis blog dan media membawa kami ke tapak Legoland dari hotel di Johor Bahru. Tak sampai 20 minit, kami sampai di Legoland dan terus mendaftar di meja media. Di situ, kami diberi press kit dan goodie bag berisi barangan eksklusif Legoland.

Orang Johor dan penduduk di Wilayah Nusajaya & Iskandar la yang untung sebab sekurang-kurangnya banyak peluang pekerjaan disediakan. Lagi pun, Legoland Malaysia ni hanya 10 minit je dari Tuas Second Link dan 45 minit dari Singapura Changi Airport.

Legoland

Tahukah korang, Legoland Malaysia menyediakan 3500 parking lots. Senanglah sikit, tak payah risau untuk nak parking kereta nanti.

Jam 9 pagi, kami berkumpul di depan pintu masuk Legoland Malaysia untuk menyaksikan upacara Grand Opening Legoland pertama di Asia ini berlangsung.

Legoland

Di sini, Budiey nak kasi ingatan sikit kepada anda yang nak datang, supaya jangan lupa bawa topi, payung, kaca mata hitam dan lotion sun-block sebab cuaca dan bahang kat sini boleh tahan panas juga. Mungkin beberapa bulan lagi, bila pokok dah tumbuh tinggi melata dan banyak, barulah sejuk dan nyaman sikit.

Oh ya, Budiey dapat tahu, pada tahun 2014 nanti Legoland Malaysia akan berkembang dengan adanya Hotel Legoland dan juga Legoland Waterpark kat sini. Haa, Budiey rasa Legoland akan jadi sejuk dan lebih nyaman la nanti dengan adanya Legoland Waterpark nih.

Legoland

Budiey kira ramai anak-anak yang memujuk ibu bapa untuk datang ke Legoland Malaysia. Atau tak mustahil juga selepas anda baca entri ini, anda pula yang memujuk anak untuk berseronok di Legoland. Tak mustahil berlaku, kan?

Budiey rasa selain dapat pengalaman yang menyeronokkan dengan segala macam permainan yang bertemakan jenama Lego, di sini ada pelbagai aktiviti yang dapat menguji minda kanak-kanak selain meletakkan daya kreativiti kita bagi tujuan pendidikan dan pembangunan minda.

Sekitar jam 8 pagi lagi, katanya dah ramai orang berkumpul di depan pintu masuk dan tak kurang juga ada yang sanggup beratur panjang untuk membeli tiket. Apa yang Budiey dengar, setakat ini jualan pass tahunan dah cecah 50 ribu manakala tiket harian pula dah terjual melepasi 13 ribu tiket. Sebanyak 35 ribu tiket annual pass dengan harga istimewa dah pun terjual dan 60% pembeli annual pass ini adalah warga negara Malaysia. Pergh! Cayalah! Laris macam goreng pisang panas gituh.

Legoland

Pekerja dan staff Legoland sempat merakam kenangan sebelum pintu Legoland Malaysia dibuka dengan rasminya. Selamat bekerja semuanya!

Budiey difahamkan, harga tiket masa Grand Opening hari tu berharga RM110 untuk dewasa dan RM80 untuk warga tua dan kanak-kanak berumur 3 – 11 tahun. Untuk pelancong dari luar negara pula, tiket dijual dengan harga RM140 untuk dewasa dan RM110 untuk warga tua dan kanak-kanak berumur 3 – 11 tahun.

Legoland

Dalam ramai-ramai pengunjung, tak sangka juga Budiey disapa oleh seorang pembaca budiey.com yang juga turut follow Budiey punya Instagram. Katanya, dia sanggup datang dari KL dan beli Annual Pass.

Betapa hebat bahang dan kemeriahan dapat Budiey lihat pada raut wajah semua pengunjung yang super-duper excited untuk menjadi di kalangan orang pertama yang masuk ke Legoland Malaysia. Bertuahnya kita, warga Malaysia sebab kini negara kita tersenarai dalam senarai negara yang ke-6 di dunia yang mendirikan taman tema Legoland selepas Legoland Billund Denmark, Legoland Windsor England, Legoland California dan Legoland Florida, Amerika Syarikat. Tidakkah anda rasa bangga?

Sebelum dibuka, Budiey dah nampak wajah-wajah ceria kanak-kanak dan sekalian pengunjung. Mungkin ini salah satu tujuan Legoland dibina iaitu ia mampu menceriakan semua orang. Semua sanggup berdiri dan sabar menunggu untuk menyaksikan Grand Opening Legoland di mana ia akan dibuka tepat jam 10 pagi.

Legoland

Sementara menunggu pintu dibuka, pengunjung dihiburkan dengan dengan pertunjukkan brass band yang dibawakan secara eksklusif dari negara Denmark di mana negara asal kelahiran jenama Lego.

Selain menampilkan pelbagai karakter animasi dari Lego, pengunjung juga disajikan dengan persembahan tarian istimewa dari pekerja Legoland Malaysia dengan iringan lagu The Power Dance. Meriah sungguh!

Legoland

Budiey percaya, sebilangan yang ada di sini bukan hanya datang dari Malaysia sahaja. Malah, ada yang datang dari negara Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan negara jiran Asean yang lain.

Legoland

Antara orang yang pertama masuk ke Legoland. Disambut oleh orang besar Legoland sendiri.

Sedikit Ulasan Legoland Malaysia:

Melangkah sahaja di pintu depan, Budiey dapat lihat di barisan kanan dan kiri ada segala macam kemudahan disediakan termasuklah restoran, tandas, first aid, kaunter perkhidmatan tetamu, pusat jagaan kanak-kanak, mesin pengeluaran wang ATM, troller juga disediakan, petak tempat letak barang boleh disewa dan kedai untuk membeli cenderamata.

Legoland

Keadaan dalam tandas juga sentiasa bersih dan selesa. Dalam tandas pun ada hiasan gambar Lego.

Legoland

Kawasan ini dinamakan THE BEGINNING di mana terletak kat pintu masuk di mana korang akan nampak kat situ pelbagai kemudahan dan tempat duduk disediakan.

Legoland

Jangan lupa ambil satu info tentang Legoland ni. Dalamnya ada peta dan segala macam info berguna.

Masa Grand Opening hari tu, ada pertunjukkan dari ahli silap mata dan badut berkeliaran sana-sini untuk menghiburkan anak-anak.

Juga sebelah petang pula ada mini konsert diadakan dengan sajian nyanyian dari artis tempatan di Lego Technic.

Legoland

Melangkah ke depan sikit, terbinanya MINILAND iaitu taman mini Legoland direka dengan skala 1:20. Bagi Budiey, Miniland antara yang paling menarik sebab kat sini kita dapat lihat model-model bangunan yang menjadi ikon terkenal di Malaysia serta di seluruh dunia.

Informasi sesebuah model bangunan juga disediakan. Jadi, taklah kita terkedu-kedu kalau ada yang bertanya nama bangunan kat dalam Legoland Malaysia ni.

Siapa tak kagum melihat orang Malaysia telah berjaya buat bangunan Menara Berkembar Petronas yang tinggi menjulang setinggi 10 meter dengan kepingan Lego. Miniature KLCC adalah antara yang paling tinggi kat Miniland ni dengan menggunakan kepingan Lego lebih kurang 500 ribu kepingan Lego. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar ya.

Legoland

Bukan itu sahaja, Budiey seakan ingin menyentuh dan membilang berapa la kepingan Lego agaknya yang digunakan untuk menyiapkan bangunan lain seperti Menara KL, KLIA, bangunan bersejarah dan banyak lagi. Apa yang Budiey tahu, lebih kurang 30 juta Lego bricks diperlukan untuk menyiapkan semua miniature kat sini. Bayangkan semua ni mengambil masa selama 3 tahun untuk disempurnakan. Kebanyakan model adalah animated, kenderaan seperti keretapi, kereta, kapal terbang dan macam-macam. Untuk setiap rekaan bangunan, ada disediakan butang untuk anda tekan di mana ia akan menggerakkan kenderaan serta mendengarkan kesan bunyi khas.

Legoland

Cambodia’s Angkor Wat. Nampak macam real, kan?

Legoland

KLIA. Ada kapal terbang yang kononnya baru mendarat masuk ke landasan.

Legoland

Tersergam indah. Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu KTM.

Legoland

Dataran Merdeka

Legoland

Kalau tak tahu la kan, inilah dia stesen KL Monorail Brickfields berdekatan dengan KL Sentral.

Legoland

Masjid Putrajaya

Legoland

Menara KL & Monorail, dua objek yang saling berkait rapat.

Legoland

Taj Mahal! Ohsem kot!

Tak perlu Budiey nak senaraikan semua miniature kat sini sebab nanti tak surprise pulak. Apa kata korang datang berkunjung dan lihat apa yang hebatnya di Miniland. Selain itu, ada juga bangunan tersohor dari negara luar seperti Brunei, China, India, Indonesia, Laos, Vietnam dan banyak lagi.

Miniland dibina oleh 100 orang pakar pencantum Lego dari seluruh dunia termasuklah dari Malaysia. Bukan senang untuk buat benda ni sebab ia memerlukan kesabaran, kegigihan dan kreativiti. Budiey dah cuba buat. Susah lah jugak.

Selain THE BEGINNING & MINILAND, kat Legoland Malaysia ada 5 lagi bahagian yang wajib dikunjungi iaitu IMAGINATION, LEGO KINGDOM, LAND OF ADVENTURE, LEGO TECHNIC dan LEGO CITY. Jadi, bilang punya bilang, ada 7 bahagian kesemuanya.

IMAGINATION

Nama pun IMAGINATION. Jadi, tujuan tempat ni adalah untuk menggalakkan pengunjung supaya berimaginasi dan menjadikan kita lebih kreatif. Tambah seronok kalau anda bawa kanak-kanak kat bahagian ini.

Legoland

Apa kata singgah sekejap di The Build and The Test Centre di mana lebih jutaan kepingan Lego ada kat sini untuk kanak-kanak cipta.Kalau tak tahu nak buat, jangan risau, ada pembantu kat situ dan mereka sedia mengajar kita mereka cipta dengan penuh daya imaginasi. Kat sini ada keretapi DUPLO Express di mana boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa.

Budiey rasa, yang paling menarik kat sini ialah Observation Tower setinggi 41 meter dengan menaiki lif yang memuatkan 1000 orang setiap jam. Dari sini, kita boleh nampak seluruh kawasan di Legoland Malaysia. Memang best! Wajib naik!

Tak ketinggalan, ada DUPLO Playtown dan Kid’s Power Tower yang mana khusus untuk kanak-kanak menakluki Legoland dan bermain sebebas dan seriang-riangnya.

Legoland

Kalau dengan cuaca membahang di Legoland ni, Budiey sampai 3 kali masuk ke Lego Studios yang boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu masa di mana kat dalam bilik ni ada penghawa dingin. Hahaha, bukan itu matlamatnya sebab kat sini, kita boleh menonton filem 4D penuh adventure dan aksi. Siap ada kesan khas di mana ada salji, percikan air, asap dan angin ribut kat dalam ni. Pergh! Nyamanlah!

LEGO TECHNIC

Apa yang Budiey boleh rumuskan ialah LEGO TECHNICS ni antara bahagian paling X-treem. Paling gempak sekali, Budiey dah cuba naik Project-X, roller coaster yang korang kena cuba ni. Setiap kereta boleh bawa 4 penumpang sahaja.

Legoland Malaysia

Kita akan dibawa dengan lajunya dengan 15 sudut corners dan berpusing. Barulah mencabar sikit. Tapi Budiey rasa Project-X ni taklah selaju macam kat Legoland di negara lain sebab rasanya kelajuan tu dikurangkan untuk membolehkan orang Malaysia kita ni taklah gayat sangat. Project X boleh membawa kita terbang setinggi 18 meter.

Legoland Malaysia

Kalau takut sangat nak naik Project X, apa kat cuba Technic Twister, tak pun Aquazone Wave Racers. Sesuai sangat dengan kanak-kanak.

Legoland Malaysia

Aquazone Wave Racers.

Legoland Malaysia

Technic Twister

LEGO KINGDOM

Jika anda masuk dengan menggunakan tiket diskaun dari Maybank, haaa jangan pulak anda terlupa nak masuk Lego Kingdom ni sebab ada logo Maybank tertera kat depan dragon castle yang sangat cantik ni.

Legoland

Kat dalam ni ada The Dragon roller coaster yang membawa kita mengembara ke istana raja dulu kala. Lajunya boleh tahan gak sehingga 60 km/h. Boleh bawa lebih 600 pengunjung dalam setiap jam.

Selain tu, ada The Dragon Apprentice di mana kita boleh rasai macamana menaiki naga. Takut ke tidhoook? Hahaha. Untuk kanak-kanak kecil pula, jangan lupa kasilah diorang main sembunyi di The Forestman’s Hideout. Merlin’s Challenge pun best sebab roller coaster ni boleh tahan laju jugak. Kena cuba, baru tau, okay?

Legoland

Macam-macam permainan ada kat sini dengan hadiah-hadiah menarik.

LAND OF ADVENTURE

Paling menarik kat sini, Budiey rasa semua setujulah kalau Budiey cakap, “Memang tak sah kalau tak cuba naik Dino Island.” Tahu tak kenapa? Dalam panas terik, rasanya kat sini kita boleh nyamankan diri sebab taman tema ni ada 3 juta liter air dah kira macam waterpark je.

Legoland

Kat sinilah kita boleh basahkan diri. Tapi jangan risau, keluar je ada tempat untuk keringkan diri. Dino Island ni membawa kita seolah menaiki boat untuk mengembara ke zaman silam.

Paling mengujakan masa menuruni air terjun. Fuh, semua berteriak. Kat sini juga, ada beberapa patung firaun, dinosor dan unta yang dibina dari kepingan Lego. Beberapa taman kecil seperti Pharaoh’s Revenge, Beetle Bounce dan Lost Kingdom dibuat khas untuk kanak-kanak.

LEGO CITY

Kanak-kanak antara yang paling seronok bila sampai ke Lego City. Kat sini ada Driving School di mana kanak-kanak boleh menaiki kereta dalam litar yang dibina khas dan seolah-olah dia sedang belajar memandu dan ambil test drive. Siap ada trafic lights dan papan tanda jalan. Kita tengok pun, kita rasa seronok, apatah lagi kanak-kanak yang tengah cuba. Untuk kanak-kanak yang lebih kecil juga, bolehlah cuba Junior Driving School. Selain tu, ada Boating School, Lego City Airport, Legoland Express dan The Shipyard.

Legoland

Jalan-jalan kat dalam Legoland pasti memenatkan. Budiey nasihatkan korang minum air mineral dengan banyak ya. Takut apa, nanti dehidrated je. Tak perlu risau pasal makan dan minum, kat dalam ni, ada banyak gerai dan restoran disediakan. Sangat senang untuk dapatkan air minuman dan makanan dalam taman tema ni. Ada 7 buah cafe dan restoran untuk menambahkan tenaga anda tu:

1. The Cafe (makanan barat pun ada banyak sini)
2. Robot Kitchen (ada banyak makanan Asia kat sini)
3. Knight’s Feast (Western food and ice-cream)
4. Pizza Mania (Khas untuk penggemar Pizza)
5. Jungle Cafe (Grilled burgers & hot dogs)
6. Snack Bar (ice-creams, pastries, etc)
7. Market Restaurant (Western & Asian cuisine)

Seperti biasa, harga makanan agak mahal sedikit berbanding dengan restoran kat luar tu. Kalau nak murah dan mahu berjimat, anda keluar untuk makan & minum kat luar. Banyak restoran dan kafe ada kat luar.

Budiey cadangkan agar Legoland adakan banyak lagi tempat rehat. Oh ya, kemudahan surau juga disediakan untuk solat. Sesuai untuk warga emas berehat.

Sebelum keluar dan meninggalkan Legoland Malaysia, pastikan anda membawa pulang kenangan bersuka ria dengan mengabadikan gambar-gambar menarik kat sini. Oh lupa bawa kamera, (ishhh takkanlah lupa?) jangan risau ada servis fotografer untuk ambil gambar anda.

Legoland

Selain bawa pulang kenangan, jangan lupa untuk bawa balik sovenir yang boleh dibeli di 5 buah kedai yang disediakan.

Legoland

Selama 7 jam di taman tema ini, Budiey rasa masih belum cukup sebab banyak lagi permainan dan kawasan belum diterokai.

Budiey mahu datang lagi la rasanya kat Legoland Malaysia ni. Mungkin dua-tiga bulan lagi atau kalau tak pun tunggu Hotel Legoland & Waterpark siap pada tahun 2014. Haha… lambat lagi laaa…

Mungkin satu hari nanti, Legoland Malaysia juga ada aplikasi nya sendiri untuk memudahkan pengunjung mendapat informasi terkini dengan hanya melayarinya di telefon bimbit.

Akhir sekali, terima kasih kepada Maybank kerana sudi membawa Budiey menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia.

Video rakaman budiey di Legoland Malaysia:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Aku Mau Dia Hazama & Intan Ladyana Apa Celop Toqq

Ramli Ibrahim Terima Anugerah Akademi Sangeet Natak