in ,

Grand Finale SimplySiti Star Search

Pencarian Bintang melalui SimplySiti Star Search

Ratusan telah hadir untuk mencuba nasib di Roadshow ujibakat terbuka SimplySiti Eau De Parfum yang telah dijalankan sepanjang April hingga Julai lalu, dan 10 finalis telah terpilih untuk ke finale. Kini kemuncaknya telah tiba, SimplySiti Star Search Grand Finale bakal berlangsung pada Sabtu ini, 20 Oktober 2012 di The Strand, Kota Damansara. Saksikan penampilan dan persembahan hebat 10 finalis Star Search dalam misi merebut gelaran Ms.Pure, Ms.Precious dan Ms.Memoire nanti.

Majlis akan turut menampilkan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sebagai pengacara majlis diserikan dengan persembahan hebat daripada Faizal Tahir dan ramai lagi serta persembahan istimewa Dato’ Siti Nurhaliza tersendiri. Saksikan juga komen dan tips istimewa darij uri-juri khas Dato’ Siti Nurhaliza, Mejar David Teo serta pengarang Majalah Lisa, Izza Safinaz Ibrahim kepada kesepuluh finalis ini. Penonton yang hadir juga bakal membantu dalam member keputusan di mana mereka juga boleh mengundi finalis pilihan mereka.

SimplySiti, jenama kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin telah pun meluaskan perniagaannya dengan kini menawarkan produk dari kategori penjagaan kulit, kosmetik dan wangian.

Kemunculan produk wangian SimplySiti Eau De Parfum pada April lalu mempamerkan nafas baru dengan memperkenalkan tiga jejaka pilihan sebagai model bagi wangian Pure, Precious dan Memoire untuk wanita ini. Khairul Fahmi Che Mat (Pemain Bola Pasukan Kebangsaan Malaysia), SM Khalis (Usahawan Naza Italia) dan Adam Yahya (Pengarah Ibex Group) turut diserikan dengan kehadiran jelitawan Leuniey Natasha mewarnai kaca TV sepanjang 3 bulan tersebut.

Menariknya tentang wangian SimplySiti ini, ia diformulasi dengan Betaphroline untuk mengekalkan bentuk tubuh badan dan merangsang mood gembira. Setiap wangian juga mempunyai watak yang tersendiri. Bak kata model-model lelakinya, wangian Pure sesuai untuk si gadis aktif dan ceria. Memoire pula sesuai untuk si gadis yang romantic dan feminine manakala untuk wangian Precious, sesuai untuk si gadis elegan dan glamor.

Sempena pelancaran SimplySiti Eau De Parfum pada April lalu juga, SimplySiti telah menjalankan satu kempen pencarian bakat yang dinamakan SimplySIti Star Search. SimplySiti telahpun berkolaborasi dengan syarikat berprestij Metrowealth dan Majalah Lisa untuk mencari 3 bintang yang akan berlakon di dalam filer terbaru Mejar David Teo dan menghiasi ruangan utama Majalah Lisa.

Siapakah 10 finalis SimplySiti Star Search? Kenali mereka:

Liyana-Eddie

1. Liyana Binti Eddie Eskal Eyaw atau dikenali sebagai Liyana. Berasal dari Matang Kuching, Sarawak. Berumur 18 tahun. Pernah membintangi telemovie “Aku Anak Rumah Panjang” dan drama “Anak Sarawak” membawa watak heroin. Antara kelebihan Liyana ialah beliau boleh bertutur dalam bahasa mandarin. Beliau amat gemar membaca buku, melayari internet dan menonton wayang.

Janna

2. Nur Jannah Adibah Binti Naim, nama gelaran Jannah. Berumur 22 tahun dan menetap di Taman Gaya Johor Bahru. Amat gemar menyanyi.

Hidayah

3. Norhidayah Binti Samsudin, berumur 23 tahun. Senang dengan panggilan Hidayah. Menetap di Bandar Seri Alam Masai, Johor Bahru. Juga gemar menyanyi dan pernah menyertai Pencarian Gadis Melayu 3 (TV9).

Musalmah

4. Musalmah Binti Ab Rahman. Berumur 16 tahun dan berasal Johor Bahru. Masih belajar di tingkatan 4 namun bakatnya untuk pelakon amat besar. Amat gemar menyanyi, menari dan “catwalk”.

Sophia-Liana

5. Sophia Liana dikenali sebagai Sophia, menetap di Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur. Berumur 21 tahun. Memegang Diploma In Mass Comm. Pernah menjadi talent untuk iklan Hotlink, Pizza Hut. Pernah juga menyertai Mentor 5, Projek Pop dan Anugerah Juara Lagu 26. Berkebolehan untuk menari, menyanyi dan berlakon.

Nazeera-Sardi

6. Siti Nazirah Binti Sardi, nama gelarannya Nazirah. Berusia 26 tahun. Seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri. Pernah membintangi beberapa drama antara nya Jiwa Lara dan Bicara hati. Bekerja sebagai Pelakon sepenuh masa. Kelebihan lain ialah beliau boleh mengacara dan menyanyi.

Haas-Jaafar

7. Hasmidar Binti Jaafar. Berusia 24 tahun. Bekerja sebagai Sekretari. Menetap di Wangsa Maju. Pemegang Diploma In Secretarial. Pandai mengacara dan berlakon.

Ketty-Natalia

8. Ketty Natalia Binti Rasul Khan atau dikenali sebagai Ketty, berumur 24 tahun. Selesa dengan nama panggilan Natalia. Bekerja sebagai Pegawai Khidmat pelanggan. Pernah menjadi protégé Ziana Zain, Mentor 4. Gemar menyanyi dan memasak.

Hasnida-Hasri

9. Siti Norhasnida Binti Hasri atau digelar Ma ET. Berumur 26 tahun. Bekerja sebagai Artis Budaya SUK Pulau Pinang. Menetap di Gelugor, Pulau Pinang. Pernah menyertai Anugrah Paling Berbakat Ratu Kebaya Mak Dara, Sketsa Terbaik, Ratu Kebaya Mak Dara Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Ratu 1Malaysia.

Ardiela

10. Addillah Binti Abd Rahmam. Berusia 21 tahun. Selesa dengan nama panggilan Ardiela. Bekerja sebagai model sambilan. Pemegang Diploma In Accountacy. Menetap di Rawang, Selangor. Inginkan watak Ms Memoire, sebagai si gadis lembut, feminine dan elegan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook SimplySiti, Fanpage David Teo, MIG Online dan Majalah Lisa.

Produk SimplySiti boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watsons, Guardian, Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara dan juga di Paloma, Brunei Darussalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Jacksons Live In Malaysia

Senarai Pemenang KL 48 Hour Film Project 2012