Kebelakangan ini, di majlis dan juga event yang Budiey hadiri, Budiey disogok dengan cerita gosip ‘kekecohan dalaman’ sebuah stesen radio ni. Nak tak nak kena tadah telinga juga dengar kawan-kawan media ni bergosip sana sini. Kata mereka, ini dari sumber yang boleh dipercayai.
Lagi pun, dengarnya juga ada penyampainya tak puas hati apabila boss mereka dipecat serta merta. Siapa yang tak sedih. Kalau Budiey jadi diorang pun, akan terasa, selama ini ada boss yang baik hati dan bekerja dengan baik, terus hilang. Budiey harap, staff yang kena berhentikan tu bersabar dan tabah. Pastinya ada rezeki kat luar sana.
Cuma malas nak layan sangat cerita sedih macam nih. Apa-apa pun, sama-sama kita ambil jadi satu pengajaran. Tak selamanya kita duduk di atas. Adakala, kita mesti ingat, suatu hari nanti kita akan berada di bawah juga.
Sebab biasalah, manusia memang boleh berubah dalam sekelip mata aje. Sekejap baik, sekejap tak berapa baik, sekejap sayang, sekejap benci…
Mulanya memang Budiey tak percaya sangat cerita-cerita ini, tapi bila dah ada yang jadi mangsa, rasa kesian juga bertandang di hati. Cuma Budiey doakan agar semuanya kembali okay seperti biasa. Budiey kira, radio ni boleh pergi jauh… dan boleh menjadi radio nombor satu di Malaysia itu pun, kena ada formulanya. Budiey pastinya akan terus menyokong radio ini untuk terus maju dengan mempromosikan segala aktiviti mereka di blog ini.
Cuma itulah… dalam hidup kita memang tak lepas dari menghadapi masalah. Jadi, selesaikan masalah itu dengan fikiran yang waras dan logik. Kalau guna emosi, pasti semuanya tak menjadi. Malah, ada yang jadi mangsa nanti. Semoga semua tenang kembali.
Selebihnya… korang baca gossip yang ditulis oleh teman Budiey, Cik Andalusia ni…
Berubah Kerana Masalah Rumahtangga?
Kisah yang sampai ke telinga Cik Andalusia ini agak memeranjatkan juga. Maklumlah individu yang dikatakan berubah perangai ini setahu Cik Andalusia seorang yang disenangi oleh semua orang. Cik Andalusia yang sudah beberapa kali berjumpa dan berbual-bual dengannya pun merasakan dia seorang yang bijak menyusun kata dan menghormati orang lain.
Hendak tahu siapa individu yang Cik Andalusia maksudkan? Mana boleh bagi tahu. Nanti tidak pasal-pasal Cik Andalusia kena serang. Cukuplah sekadar Cik Andalusia katakan yang individu ini merupakan ‘orang kuat’ di salah sebuah stesen radio popular.
Ceritanya begini, ‘orang kuat’ yang dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dan pandai mengambil hati ini dikatakan telah berubah perangai apabila menjadi seorang panas-baran yang suka memaki hamun pekerja bawahannya. Pantang silap sedikit, pasti ada yang kena bambu dan perubahan ini membuatkan ramai pekerja bawahan berasa tertekan dan ingin keluar daripada stesen radio tersebut. Kalau tidak silap Cik Andalusia, sudah ada yang menghantar notis untuk mengundur diri.
Pelikkan? Apakah punca dia berubah menjadi panas-baran? Setelah Cik Andalusia bertanyakan kepada beberapa sumber yang boleh dipercayai, mereka sependapat mengatakan ‘orang kuat’ stesen radio itu sebenarnya sudah lama tertekan dengan keadaan rumahtangganya. Kononnya, isterinya seorang yang mendominasi rumahtangga mereka dan ini membuatkan dia kurang selesa. Untuk melepaskan kemarahannya itu dia mengamuk-ngamuk di tempat kerja.
Eh! Cik Andalusia tidak berkenanlah dengan perangai yang macam ini. Sangat tidak professional. Masalah di rumah janganlah di bawa ke tempat kerja. [Sumber]