in

Gossip Tak Habis Puji Filem Sendiri

SOSEH SOSEH: Tak habis puji filem sendiri

BARU-BARU ini, seorang teman SS merungut kerana bosan dengan e-mel yang dikirimkan seorang pengarah kepadanya. Kata teman SS itu, boleh dikatakan setiap hari pengarah berkenaan menghantar e-mel menceritakan perkembangan filemnya.

Apapun, apabila dibaca teman itu mendapati isi kandungan e-mel dihantar si pengarah itu tiada beza dengan yang sebelumnya. Katanya, asyik memaklumkan betapa filem dihasilkan bagus dan mendapat sambutan hebat sejak ditayangkan pawagam hinggalah tayangan sudah berakhir.

Menurut teman SS itu, hanya orang yang ‘berangan’ saja yang sanggup menghantar e-mel dan memuji karya sendiri. Bukan apa, katanya, kalau filem dihasilkan itu bagus sangat mesti kutipan di panggung cecah RM5 juta. Ini RM3 juta pun ‘lelah’.

Dalam nada bengang, kata teman SS lagi, jika benar filem dihasilkan seseorang pengarah itu bagus pasti maklum balas seperti e-mel daripada pembaca yang banyak diterima. Bukan e-mel yang dihantar sendiri si pembikin filem terbabit.

Mendengarkan celotehnya, kelakar pula SS. Ini kerana, ada benar juga kata teman itu. Apapun, SS harapkan teman itu masih mampu bersabar. Lagipun, mungkin pengarah berkenaan berasa senang dan selesa dengan teman SS, sebab itu dia berbuat demikian.

Barangkali tiada maksud apa-apa. Cuma, sekadar untuk merapatkan hubungan antara si pengarah dengan wartawan. Cuma, dalam soal ini teman SS itu tidak suka dengan tindakan dilakukan. Malah, SS syorkan pengarah itu tidak perlulah mengirim e-mel lagi.

Bukan apa, niat baik dibuat tidak semestinya dilihat positif oleh orang lain. Ditambah lagi, filem yang diuar-uarkan hebat itu tidak lagi ditayangkan pawagam. Justeru, tidak perlulah kirim e-mel kerana takut nanti di salah anggap ‘isi bakul, angkat sendiri’. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Peserta Nasyid Makan Hati

Nur Fazura Gagal Dapat Kontrak RM1 juta