in

Gossip Selebriti Pilih Bulu

SosehSoseh: Personaliti kekwat pilih bulu

BARU-baru ini seorang rakan menghubungi SS meluahkan perasaan geramnya terhadap seorang personaliti wanita popular yang berlagak tak kena tempat ketika menjayakan satu program sempena Aidilfitri terbitan stesen televisyen tempatan.

Barangkali berasakan dirinya personaliti yang dikenali ramai dan hebat menyebabkan dia enggan memberi kerjasama baik dengan kru penerbitan program itu. Jika ada sebarang persoalan, si personaliti hanya merujuk kepada penerbit semata-mata.

Mengikut cerita disampaikan rakan SS, apabila personaliti itu ditegur kru penerbitan lain, dia buat tak tahu saja dan enggan melayan. Bagi personaliti itu, orang yang layak untuk dia mengikut semua arahan ialah penerbit dan mungkin pengarah.

Baginya, kru lain tidak berhak memberi teguran kepadanya. Malah, apabila diminta melakukan rakaman semula, si personaliti sudah tarik muka. Biasalah, kalau namanya rakaman program hari raya, takkan semuanya lancar dari mula hingga akhir.

Ada kalanya mesti ada masalah teknikal pada penataan cahaya ataupun audio dan bunyi. Jadi, semestinya proses rakaman semula tidak boleh dielakkan. Lagipun, beri sajalah kerjasama yang baik tak kira apa tugas kru itu kerana ia kerja berpasukan.

Jika mahu mendengar kata pengarah dan penerbit saja, tak siaplah sesuatu program itu kerana tiada khidmat tenaga produksi lain digunakan. SS bukanlah nak ceramah percuma kepada personaliti itu tetapi dia patutnya sudah faham dengan tugasnya.

Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam program penerbitan televisyen, sepatutnya personaliti itu sudah lali dengan kehendak pihak produksi, lebih-lebih lagi pada program rakaman. Bila rakaman, mesti ambil masa panjang untuk disiapkan.

Itulah, susah juga apabila sudah di tahap popular. Tiba-tiba saja boleh lupa diri dan memilih bulu untuk bekerjasama. Jika kru itu kenalan rapat, maka layanannya berbeza. Tetapi, kalau tidak kenal maka buat tak tahu saja dan susah berkomunikasi.

Kepada personaliti itu, SS harap dia dapat ubah sikap. Bukan apa, dulu pun setahu SS dia tidaklah popular pun sehingga menyertai salah satu stesen televisyen terkenal. Apapun, sekarang personaliti itu khabarnya sudah berhijrah kerja di tempat lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Singgah Sahur Ramadan 2010

Shopping Hari Raya & Berbuka Puasa di AMCORP MALL