in

Gossip Selebriti Jijik Tinggal di Hotel Kecil

Dengarnya: Jijik tinggal di hotel kecil

SAMPAI nak tersandung kaki Sherry Kepochi disebabkan tak sabar menyampaikan cerita menggelikan hati mengenai seorang artis muda ni. Apa lagi, terus Cik Normah pasang telinga sebab bukan baru sekali dua orang sekelilingnya melapor sikap berlagak tak bertempat penyanyi wanita ni.

Kata si Sherry Kepochi, kisah berlaku baru-baru ni dalam satu persembahan di luar ibu kota. Penganjur turut menyediakan pengangkutan dan penginapan bagi artis dan petugas yang terbabit dalam persembahan itu. Tetapi sudah namanya pekan kecil, jadi yang ada pun setakat hotel kecil. Bolehlah artis yang memeriahkan acara berehat seketika bagi yang balik hari atau kalau perlu, terus bermalam di situ.

Cerita kawan baik Cik Normah tu lagi daripada mulut rakan artis lain yang meluat melihat perangai diva cik adik yang satu tu, tatkala kakinya menjejak ke hotel terbabit bersama pengurusnya terkeluarlah perkataan j ijik. Siap dengan muncung-muncung mulut lagi, tanda protes dirinya ditempatkan di situ.
Sedangkan orang lain yang lebih popular tak kisah pun duduk di lokasi penginapan yang disediakan. Bukan kotor pun, cuma bilik tu memang kecil sedikit daripada kononnya bilik hotel lima bintang yang biasa didudukinya. Pengurusnya pun sama naik, mengiyakan apa yang dirungutkan artis tu sampai orang lain yang dengar rasa nak gelak terguling-guling.

Amboi-amboi, sedarlah diri sikit wahai adik manis. Tak berkurap tangan awak atau berkudis tapak kaki awak tinggal dalam hotel kecil tu. Bukan penganjur tak mahu sediakan penginapan mewah, itu saja hotel yang ada. Itu yang Cik Normah pelik, dia ni pun bukan datang dari bandar besar. Asal pun dari ceruk macam Cik Normah juga, tapi suka menunjuk-nunjuk.

Malulah sebab bukan orang lain tak tahu awak suka cakap besar. Sudah banyak kes yang dikaitkan dengan dia ni. Kalau Cik Normah senaraikan satu persatu kes yang dikaitkan dengannya, lepas ni mesti dia keluar rumah pakai topeng. Mmm… Tapi Cik Normah yakin si dia ni memang jenis bermuka tebal sebab sebelum ni pun ramai sudah buka
pekungnya, cuma dia saja tak tahu malu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arrora Salwa Sanggup Berhenti Polis Jadi Penyanyi

Sharifah Sofea, Amanda Misbun dalam Angin Rindu Sarajevo