Selamat pagi semua. Hari ini, dah pun hari Selasa. Budiey kembali sibuk untuk menghadiri event seperti biasa selepas 3 hari di Bangkok untuk lawatan di Siam Lab sambil makan angin bersama penerbit filem Ratu The Movie, A. Latiff Mohaideen.
Siam Lab atau dikenali dengan nama penuhnya Siam Film Development Co. Ltd ini sangat terkenal di seluruh dunia. Budiey diberitahu hampir semua pengeluar fiem dan penerbit datang ke Bangkok untuk memproses filem dan mixing music di sini. Boleh layari: www.siamlab.com
Di Siam Lab juga, Budiey diberi peluang untuk menonton filem Ratu The Movie yang kini sudah pun siap. Cuma masa tu, kami menonton secara rel demi rel. Di mana untuk setiap filem biasanya ada 5 atau 6 rel filem. Jadi, dalam 6 kali jugaklah, tontonan kami terhenti.
Ini kali pertama Budiey menonton sebuah filem yang mempunyai sub plot kecil yang banyak di mana setiap watak dalam filem ini ada kisah mereka yang tersendiri. Namun, ianya tampak tersusun dengan gaya flashback yang berkesan.
Ratu The Movie terbitan LineClear Motion Pictures Sdn Bhd dibintangi Farah Rahman, 25, dan Shazlyn, 22, Arizan Anuar, Bkay Nair, Elya Miera, Farahin, Shuhaila, Jazzy Rashid dan Tasha Shilla. Turut membintangi Azlee Khairi, Farid Wahi, Yusry Abd Halim, Yasmin Hani, Mazlan Tahir, Aminah Rhapor, Patrick Teoh, Zaibo, Cico Harahap, Shaharudin Thamby, Allana dan Ramona Zam Zam.
Untuk info pembaca, filem Ratu The Movie hasil arahan Assoc. Prof. A.Razak Mohaideen ini akan ditayangkan di pawagam mulai 17 Mac 2011 ini. Korang boleh LIKE fanpage filem ini di Facebook. Try search: Ratu The Movie.
Terima kasih kepada A. Latiff Mohaideen dan LineClear kerana sudi menjemput Budiey untuk lawatan ke Bangkok.
Di sini ada beberapa berita terbaru yang Budiey baru terima:
Nasi Lemak Kopi O Berwajah Baru
Seiring dengan tahun baru ini, rancangan bual bicara hujung minggu terbitan TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O kini tampil dengan konsep baru yang lebih segar bagi memastikan rancangan ini lebih menarik dan berkesan di hati penonton setianya.
NLKO tampil lebih ceria dengan kandungan yang lebih padat dan menghiburkan dan diserikan pula dengan seorang pengacara baru yang bakal diperkenalkan pada Jumaat ini, 28 Januari, di samping pengacara yang sedia ada seperti Aziz Desa, Sharifah Shahirah, Sharifah Nur, Abu Talib Husin, Farrah Adeeba Mohamed Ashraff, Farah Anuar dan Fatin (Gadis Melayu 3).
Pementasan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal di Istana Budaya
Teater LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal akan dipentaskan buat julung kalinya di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 16 Mac hingga 3 April 2011. Teater ini akan dibintangi Awie, Atilia, Datuk Rahim Razali, Sandra Sodhy, Douglas Lim, dan ramai lagi. Tiket dijual pada harga RM40 hingga RM300. Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.ticket2u.biz atau telefon 03-4149 8600.
Pagi ini, Budiey ada terbaca di Mangga Online tentang satu berita yang mengatakan rumahtangga pelakon Zizan Nin dan isterinya, Fazilah Hani Harun sedang ditimpa masalah.
Pasangan ini dikatakan telah hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan khidmat kaunseling untuk memulihkan keadaan rumahtangga mereka.
Kalau minggu lepas Mangga Muda terkejut bila mendengar berita kurang sedap tentang pasangan pelakon, Vanida Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan ke Mahkamah syariah, tapi perasaan itu reda bila Vanida menjelaskan, niat mereka ke sana adalah untuk menemani anak saudaranya sahaja.
Tak sampai beberapa hari, kes Vanida dan Shidi di perkatakan, kini pelakon, Zizan Nin pula dikhabarkan hadir ke Mahkamah Syariah.
Zizan Nin yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang pembaca berita TV9, Fazilah Hani Harun pada Mac tahun lalu, dikatakan hadir ke mahkamah untuk mendapatkan khidmat kaunseling demi memulihkan rumah tangganya yang mengalami sedikit masalah.
Apa pun yang berlaku, Mangga Muda harap hubungan Zizan dan isterinya baik-baik sahaja, lagipun mereka masih baru sahaja berumah tangga, jadi hubungan itu masih panas.
Apa yang Budiey harapkan semoga Zizan Nin dan isterinya kembali bahagia dan terus hidup rukun damai sebagai suami isteri.