Selepas isu gambar bogel, pelakon jelita Rozita Che Wan aka Che Tah kembali dengan gosip baru. Menurut kenyataan di akhbar Berita Harian edisi hujung minggu yang lalu, menyebut pemergian Rozita Che Wan ke London, UK, baru-baru ini bukan hanya bersama adiknya, pelakon Ayu Raudhah.
Kehadiran Ayu Raudhah menemani Rozita Che Wan ke sana khabarnya hanya sebagai cover line kerana ada seorang bekas menteri yang turut serta dalam percutian mereka itu.
Bekas menteri itu merupakan pemegang kad kredit platinum dan pembelian tiket beliau ke London itu disertai dengan sekeping tiket percuma – tiket itu diberikan kepada Rozita Che Wan.
Rozita Che Wan dan bekas menteri itu mempunyai nombor tempahan tiket yang sama, L1YNC selain ada krew penerbangan yang nampak pasangan ini duduk bersama di dalam pesawat.
Sebelum terbang pun, Che Tah dan bekas menteri itu dilihat di suite mewah sebuah lounge di KLIA sekitar jam 9.00 pagi. Sementara penerbangan mereka pada 10.05 pagi tersebut.
“Perkataan flown yang tertera pada jadual penerbangan Rozita Che Wan dan bekas menteri membuktikan yang kedua-duanya sudah menggunakan tiket mereka. Terpulanglah pada Rozita sama ada dia hendak mengaku atau sebaliknya,” ujar sumber Berita Harian itu.