Dipetik daripada BiPop – Berita Minggu
KACAK, bergaya dan banyak duit, tetapi ia lesen untuk berbuat apa saja sehingga merosakkan masa depan anak orang. Apa yang Kak Pora nak cerita ini boleh dijadikan pengajaran bukan saja pada si empunya diri, tetapi kepada sesiapa saja yang bergelar insan popular lain.
Ia mengenai seorang personaliti sukan yang ada kaitan kekeluargaan dengan seorang artis. Kak Pora tak mahu membuka aib orang walaupun Kak Pora mendapat berita ini daripada sumber sahih dan orang kuat media juga, tetapi bukan wartawan hiburan, sebaliknya kawan-kawan di Meja Sukan yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Kak Pora mendapat tahu seorang personaliti sukan yang digilai ramai gadis jelita diserang bekas kekasihnya, beberapa minggu lalu. Mungkin wajah kacaknya membuatkan dirinya digilai ramai gadis, tetapi jangan sesekali ambil kesempatan sehingga mempermainkan cinta dan perasaan anak dara orang.
Natijahnya, Kak Pora dengar personaliti muda itu diserang bekas kekasihnya di tempat latihan selepas tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Tak tahulah tanggungjawab yang macam mana tu. Macam orang tua-tua cakap, habis manis sepah dibuang. Ishhh…. takkan sampa ke situ pulak, kan? Tapi benda macam tu, tak mustahil berlaku. Selepas mendapat kekasih baru yang cantik, si personaliti sukan itu khabarnya meninggalkan kekasihnya terkontang-kanting, maklumlah kekasih dulu orang biasa dan tidak popular Kekasih baru ni, khabarnya selebriti dalam dunia hiburan.
“Masalahnya ialah bekas kekasihnya itu banyak berkorban untuk kehidupan si personaliti sukan, tetapi dalam sekelip mata si gadis ditinggalkan tanpa sebab munasabah. Si personaliti tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sehingga merosakkan masa depan gadis itu.
“Tup tup si personaliti `bermain cinta’ dengan seorang selebriti dan dalam masa sama, mengabaikan bekas kekasih yang banyak berkorban. Itu yang membuatkan bekas kekasihnya tidak tahan sabar dan membuat keputusan nekad `menyerang’ si personaliti di padang sewaktu membuat latihan. Si personaliti khabarnya sempat melarikan diri,†kata sumber Kak Pora.
Kepada personaliti itu, sudah-sudahlah tu. Jangan ingat dengan wang, ketampanan dan nama, anda boleh membeli segala-galanya. Menyampah Kak Pora pada lelaki jenis macam ini…
KAK PORA: Tiga kali gagal bercinta selama menjadi ibu tunggal. Sebabnya kerana bercinta dengan lelaki hipokrit!