Gosip ini dipetik dari Harian Metro… siapalah agaknya artis ni. Macam pernah terdengar je cerita ni masa kat event…. hehehe
SOSEH SOSEH: Artis jenis suam-suam kuku
RAKAN SS terserempak dengan pelakon wanita yang kerap membintangi drama tempatan ketika menghadiri satu tayangan filem seram baru baru ini. Bukan SS sengaja hendak bercerita keburukan orang lain tetapi sikap dan keramahan dipamerkan artis itu sewaktu disapa di luar pawagam selepas tayangan filem itu berakhir, sedikit mengecewakan.
Reaksi serta mimik muka dipamerkan menggambarkan seolah-olah dia tidak pernah langsung bersua muka dengan rakan SS itu. Alasan diberikan hanya rasa macam pernah jumpa tetapi tidak ingat di mana.
Apa lebih meletihkan, rakan SS terpaksa beberapa kali menjelaskan situasi bagi mengingatkan kembali memori pelakon itu yang pernah bertemu dengannya sebelum ini. Mungkin pertemuan itu sudah lama atau pelakon wanita itu pura-pura tidak ingat, SS tidak tahulah.
Hendak dijadikan cerita, lebih membuatkan rakan ceria apabila pelakon wanita itu tidak keberatan memberikan nombor telefonnya. Alasan rakan SS, untuk memudahkan dihubungi pada masa depan.
Bagaimanapun, SS tertanya-tanya apakah motif kehadiran pelakon wanita itu dalam majlis tayangan itu sedangkan namanya tidak terbabit dalam senarai pelakon membintangi filem itu. Mungkin sebagai tanda sokongan kepada rakan seperjuangan.
Tapi SS dapat tahu, kehadirannya untuk bertemu salah seorang pelakon lelaki dalam filem itu yang kebetulan rakan kongsi perniagaannya.
Bagaimanapun, minggu lalu, rakan SS berbelas kali cuba menghubunginya untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terbarunya tetapi telefon tidak berjawab.
Walaupun diperlakukan sebegitu, tapi rakan SS masih berminat hendak beri publisiti dengan menetapkan waktu sesuai bagi sesi fotografi tetapi usaha dibuat ibarat mencurah air ke daun keladi. Malah khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar langsung tidak dibalas.
Sekurang kurangnya beliau boleh menjelaskan keadaan dihadapi supaya rakan SS tidak terus tertanya-tanya mengenai sikap berdiam dirinya.
SS hendak ingatkan, rakan wartawan bukan hendak sibuk jaga tepi kain orang tetapi ada artis lebih terkenal yang sibuk menjalani penggambaran, tidak keberatan menjawab panggilan wartawan untuk sesi fotografi.
Beginilah agaknya sikap artis suam-suam kuku, acuh tak acuh terhadap golongan wartawan yang selama ini banyak membantunya meraih populariti. [harian metro]