in

Gossip Penyanyi Wanita Ada Skandal Ketika Masih Jadi Isteri

SOSEH SOSEH: HUBUNGAN SULIT KETIKA MASIH ISTERI

KATA orang ketika bercinta, semua nampak indah dan wangi. Namun, apabila sudah berpisah bermacam cerita dalam kain disebarkan empunya diri kepada orang lain.

Memang difikirkan, SS sendiri tidak sanggup mengaibkan hidup orang lain apatah lagi orang yang pernah dilamun cinta tergamak menyampaikan cerita buruk bekas kekasih atau pasangan hidup mereka.

Baru-baru ini, persada hiburan tempatan dikejutkan dengan cerita penyanyi Farawahida dengan komposer Julfekar. Walaupun kata Farawahida, Julfekar cuba ugut dengan gambar bogel dan video lucahnya, SS tidak pasti siapa yang betul kerana ia masih dalam siasatan polis.

Dalam asyik mengikuti perkembangan terkini cerita Farawahida bersama Julfekar, SS mendapat cerita daripada satu sumber mengenai sikap jelik seorang penyanyi wanita. Kata sumber itu, penyanyi ini pernah berkahwin beberapa kali, tetapi jodohnya tidak panjang.

Biarpun soal jodoh ditentukan Tuhan, manusia mempunyai akal untuk merancang perjalanan hidup agar masalah seperti rumah tangga dapat diselesaikan dengan baik. Berbalik cerita penyanyi ini, SS juga sukar meneka apa punca sebenar dia bercerai.

Namun, sumber SS itu menyatakan satu perkara yang mengejutkan. Apa yang ingin disampaikan, penyanyi ini pernah menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain ketika masih bergelar isteri.

Terlopong juga mulut SS apabila dengar cerita itu kerana setahu SS, penyanyi ini menunjukkan imej yang cukup positif depan khalayak mahupun media.

Tidak sangka pula SS, penyanyi ini sanggup melakukan perbuatan keji sebegitu apatah lagi aksinya pernah ‘terkantoi’ dengan seorang anggota dalam keluarganya. Apabila fikir situasi ini, SS fikir memang patut bekas suaminya itu menceraikannya.

Natijah daripada cerita ini, pasangan yang sudah berkahwin tidak perlulah melakukan perbuatan sedemikian semata-mata mahu melarikan diri dari masalah rumah tangga. Banyak cara lain yang boleh dilakukan asalkan tidak menambah dosa.

SS harap cerita ini dapat dijadikan teladan. Nasihat SS pada penyanyi itu, jangan terlalu ikut godaan nafsu hingga menghancurkan masa depan sendiri termasuk karier seni dan akhirnya dibenci peminat. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila

Suria FM Umumkan Pemenang Kempen Suria FM Senyum & Menang