in

Gossip Penyanyi Rock Selalu Tergoda Menggoda

Dia ialah seorang bekas ahli kumpulan nasyid yang ditendang keluar kerana perangainya yang tak macam ahli nasyid. Dia juga pernah masuk rancangan realiti tetapi dia tak menang, tetapi memang dia adalah satu dalam sejuta yang mempunyai perangai macam tu. Walaupun tak menang, tetapi popularitinya cukup gah, terutamanya di kalangan kaum hawa yang mudah tergoda dan digoda olehnya.

Dia masuk rancangan realiti itu pun, di atas keizinan isterinya yang dicintai. Namun, dalam rancangan tersebut, cerita realiti lain pula katanya terbongkar. Menurut sumber, dikhabarkan dia selalu bercumbu mesra dengan beberapa peserta-peserta wanita yang lain, termasuklah adik kepada penyanyi popular negara. Namun, seperti rancangan realiti yang sebenarnya bukan realiti, percintaan mee segera dengan adik penyanyi popular ini tidak menjadi realiti.

Namun, dalam diam-diam, dia menyimpan berahinya kepada seorang peserta wanita yang agak cun, tapi dia ingat, peserta wanita ini akan terpedaya dengan pujuk rayunya seperti minah yang lain. Cintanya telah ditolak. Tambahan pula, perempuan ini, telah mengetahui dia sudah mempunyai anak dan isteri. Namun, seperti kata pepatah, alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dia telah mencuba sedaya upaya, tapi akhirnya, hanya lengan dia yang berbau pekasam. Akhirnya, peserta wanita itu berkahwin dan mengeluarkan albumnya dalam bulan yang sama.

Selepas gagal dalam rancangan realiti tersebut, dia telah dipelawa menjadi hos sebuah rancangan realiti yang lain. Langkahnya menjadi lebih panjang lagi, apabila ada peserta-peserta wanita dari seberang. Seperti kucing melihat tikus, dia telah cuba mengoda peserta-peserta tersebut, tetapi, lebih teruk lagi, apabila dia memburuk-burukkan isterinya yang cukup setia menanti.

Sekarang, dikhabarkan dia sedang dilamun cinta dengan seorang hos wanita bukan Melayu. Dan yang pasti, dalam album terbarunya, nama hos wanita ini diberikan penghargaan secukupnya, tetapi nama isterinya disebut, bagaikan melepaskan batuk di tangga.

Bagi artis lelaki yang sedang asyik dengan batu dan berguling ini, jika benar, insaflah. Kerana takut, yang dikejar tak dapat, dan yang dikendung berciciran. – Sumber Forum Cari

[tags]gossip artis segera, one in a million, puteri shahanaz, natalie glebova, Datuk Roslan Hashim, puteri shahanaz bercerai, split artist, mutaah, ahli nasyid, nafsu berahi, gambar selebriti bogel, azwan gay, saerah, bogel tandas, sex in city, barbie, hindraf memorandum, fan club, album terbaru, skandal bisnesman, cek advertlets, cek nuffnang, gordon brown, gossip artis segera, one in a million, puteri shahanaz, natalie glebova, Datuk Roslan Hashim, puteri shahanaz bercerai[/tags]

Sekadar gambar hiasan: Comel & cute! Mengancam beb!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pendedahan Expose, Kajian Ciplak Lagu dan Budaya Goblok

Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan Datuk Roslan Hashim Bercerai