in

Gossip: Penyanyi Diva Yang Suka Mengejek Penyanyi Lain

Rawan Si ‘Diva Senja’

BUKAN satu dua cerita yang tak sedaptentang ‘diva senja’ sorang ni. Lepas satu-satu ‘drama’ yang dipersembahkannya sejakbeberapa tahun kebelakangan ni. Sejak tu, memang ramai yang ‘cop’ diva pujaan ramai ni jatuh dalam kategori ‘sakit’, bertitik-tolak daripada simptom takut pada bayang-bayang sendiri ekoran populariti yang makin merudum.

Terbaru, diva bersuara emas ni buat hallagi. Tapi kali ni bukanlah isu besar manapun, cuma tercuit hati jugalah Ad Lib bilasorang sumber tu mengadu tentang peelpenyanyi ni.

Diva yang dimaksudkan ini sememangnya terkenal di kalangan teman media dengan sikapnya yang suka mempersendakan kemampuan sorang penyanyi wanita yang boleh tahan gah juga namanya.

Memandangkan gosip ni melibatkan tiga penyanyi, eloklah Ad Lib labelkan penyanyi wanita yang dicemburui si diva tersohor tusebagai penyanyi A dan penyanyi lelaki yang sorang ni sebagai penyanyi B, supaya korang tak keliru ya.

Kata sumber tu, si diva yang sudahberpuluh tahun bergelumang dalam industriseni ini meluahkan rasa tidak senangnyaterhadap penyanyi A (kira kes iri hatilahagaknya).

Diva bersuara bak buluh perindu tu katadia menyampah betul melihat si penyanyiA dah macam terdesak sangat bila terpaksamengundang sorang penyanyi B dalampersembahannya.

Dengan penuh teruja, si diva tumembahaskan hujah dan teori ‘serkapjarang’nya yang mendakwa tindakanpenyanyi A mempelawa penyanyi B, tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menumpang publisiti penyanyi B.

Almaklumlah, penyanyi A tu bukannyapopular mana pun sekarang. Terpaksalahmenggunakan pendekatan tu untukmeraih publisiti dan tarik peminat kepersembahannya, luah si diva tu berbaurcemburu dan iri hati.

Ironinya, dalam pada sumber Ad Lib tumendengar luahan hati si diva ni, tiba-tibaterlintas di ingatannya si diva ni punpernah mengundang penyanyi B dalampersembahannya sebelum ni. Bukankahstrateginya itu juga boleh dilihat punyamatlamat yang sama iaitu nak menumpangpopulariti penyanyi B tu juga.

Macam mana tu? Bila bab mengutukorang lain, bukan main pandai lagi diamenyusun hujah dan teorinya ya? Sampaiterlupalah pula dia nak cermin dirinya dulu,bak kata orang, ‘paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih’… ahaks.

Bagi Ad Lib, daripada dia sibuk-sibuk nak mengumpat dan mempertikaikan orang lain, bukan ke lebih baik dia isi masa senggangnya tu dengan perkara yang lebihberfaedah.

Contohnya, beramal ibadat banyak-banyakdi rumah agamnya yang serba mewah tu ke, tak pun buat je latihan vokal untuk undangan nyanyian di luar negara yang katanya tak putus-putus tu, oops… kredit: mstar online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mael XPDC Pukul Anak Masuk Lokap

B-Boy Papar Aksi Hebat di Pertandingan Akhir R16 Serantau