Siapalah pengarah ni ek… mmm…
Dengarnya…: Pengarah cakap tak serupa bikin
ORANG kata, kalau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kadang kala, apa saja tindak-tanduk kita sentiasa diperhatikan orang. Kita memang tak perasan, tapi kalau muka itu memang orang kenal, kalau rasa nak buat perkara tak senonoh, baik fikir dua tiga kali. Bukannya apa, mata-mata gelap Cik Normah memang ada merata-rata. Ada saja cerita menarik yang akan mereka sampaikan kepada Cik Normah.
Contohnya, macam seorang pengarah popular ini. Tidak dinafikan setiap hasil kerjanya memang hebat. Cik Normah sendiri cukup suka dengan buah tangannya yang mampu membuatkan kita terpaku sewaktu menyaksikannya. Dia ini kreatif orangnya dan kerap mengarahkan drama yang pelbagai genre. Cuma apa yang Cik Normah tak berkenan dengannya adalah baru-baru ini dia begitu selamba meneguk air kencing syaitan di khalayak ramai.
Walaupun majlis itu dihadiri ramai orang Melayu beragama Islam, tetapi dia tetap selamba minum air haram itu di depan tetamu lain. Tahulah dia mengamalkan cara hidup Barat, tetapi apa salahnya hormat tetamu lain yang tak berkelip-kelip melihat gelagatnya. Kata teman Cik Normah lagi, perbuatannya itu umpama cakap tak serupa bikin. Drama yang dihasilkannya kebanyakan mempunyai moral dan ada mesej yang baik-baik, tetapi dia sendiri tersasar daripada mesej yang hendak dibawanya.
Hai, entahlah, tak tahu Cik Normah nak kata apa. Doa Cik Normah moga pengarah itu akan insaf dan menyedari perbuatannya itu. [sumber]