in

Gossip Penerbit Berkepit Dengan Adik Angkat

SOSEH SOSEH: Produser berkepit dengan ‘adik angkat’

MEMANG tidak salah jika produser drama berpengalaman ingin berbaik-baik dengan pelakon muda yang masih mentah dalam bidang seni. Selain berkongsi ilmu dan pengalaman, ia juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan seni.

Namun, hubungan baik seorang produser wanita dan pelakon muda yang membintangi sebuah filem kontroversi ini sebaliknya menimbulkan tanda tanya dan menjadi buah mulut di kalangan orang dalam produksi di persada seni tanah air. Apa tidaknya, semuanya kerana produser wanita itu sendiri tanpa segan silu sering berkepit dengan pelakon muda itu dalam setiap majlis dihadiri, sejak kebelakangan ini.

Menurut satu sumber kepada rakan SS, setiap kali bertemu wakil media yang membuat liputan majlis itu, produser wanita itu akan memberitahu pelakon muda itu adalah adik angkatnya. Kata rakan SS, kalau adik angkat, takkanlah nampak seperti belangkas. Di mana ada produser wanita itu, di situlah pelakon lelaki itu berada. Macam pasangan kekasih pula yang tidak boleh berenggang.

Pada pandangan SS, mungkin produser itu malu untuk memberitahu wakil media hubungannya dengan pelakon muda yang dikenali dengan istilah ‘anak ikannya’ kerana jarak usia mereka seperti anak dan emak.

SS percaya, pelakon muda itu pula berkawan rapat dengan produser wanita itu mungkin sekadar menumpang nama produser wanita itu untuk mencari tapak dalam bidang seni. Pada masa sama, dia juga ingin mempromosi filem lakonannya kepada wakil media yang ditemuinya di majlis yang dihadiri mereka.

Apapun, SS harap kalau benarlah produser wanita itu nak mencari pengganti, biarlah cari calon yang seusia dengannya. Janganlah buang masa dengan pucuk muda pula. Ingatlah usia seperti anda, bukan masanya lagi untuk berfoya-foya dengan lelaki yang jauh lebih muda. Kini, sampai masanya berehat di rumah bersama anak dan cucu serta mendekatkan diri kepada Tuhan. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tribute to Rock Kangkang 2010

The Golden Child & The Glimmer Man di TV2