in

Gossip Pelawak Tak Tepati Janji

Sibuk sangat ke?

RAKAN SS menunggu artis yang dilahirkan menerusi program realiti lawak jenaka untuk mengadakan fotografi dengannya macam menanti buah tak gugur.

Dia buat rakan SS macam tunggul kayu, kalau tak dapat datang bagi tahulah. Ini tidak, mendiamkan diri sampai sudah. Kebetulan rakan SS ini memanglah tersangat rajinnya kerana sepatutnya pada hari itu dia bercuti, tetapi kerana komitmennya pada kerja dan sudah berjanji dengan artis itu untuk mengadakan sesi fotografi bersamanya, maka dia datang juga ke pejabat.

Mengikut janji temu, sesi fotografi itu pada jam 11 pagi, tetapi selepas masuk waktu Zuhur pun masih tak nampak batang hidung artis itu. Beberapa hari sebelum itu, rakan SS ada menghubunginya sama ada dia boleh datang untuk fotografi itu.

Jawabnya, dia tidak tahu menahu langsung mengenai fotografi itu kerana tiada siapa yang memberitahunya. Masalahnya apabila perkara ini terjadi, pegawai perhubungan awam (PR) yang mengatur janji temu itu terpaksalah menjawab dengan rakan SS. Bukan PR itu tidak bagi tahu, tetapi agaknya artis itu yang mendengarnya sambil lewa dan agaknya terus terlupa. Maka terpaksalah PR itu mengingatkannya sekali lagi mengenai janji temu itu.

Tetapi keji sungguh sikap artis itu kerana akhirnya dia tetap tidak datang juga. Pekak badak atau tak faham bahasa Melayu. Atau jenis tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Sebenarnya rakan SS dan PR itu tidak rugi apapun kerana mereka bekerja makan gaji.

Sama ada artis itu datang atau tidak, setiap tahun gaji mereka naik juga. Kesannya pada artis itu sendiri. Jika dah mula buat perangai, sendiri mahu ingatlah. Ramai lagi artis yang memerlukan publisiti. Dek kerana itu, rakan SS dah padam nombor telefon artis itu dari telefon bimbitnya. Selepas ini kalau tawaran berlakon dan mengacara semakin kurang, jangan terhegeh-hegeh minta simpati wartawan.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nikki Palikat Gagahkan Diri Demi Shout! The Mod Musical

Gossip Pengarah Drama Veteren Diabai Anak Sendiri