in

Gossip Pelakon Wanita Dibayar Ciput

Budiey rasa, macam pernah interview dan letak gambar artis yang teraniyai ni kat sini. Tapi tak tahu lah dia yang terkena. Sebab masa borak-borak tu, dia ada cakap kat Budiey yang dia telah menjadi artis residen sebuah produksi. Tapi kalau kena bayar RM1,200 untuk berlakon 40 episod drama, baik dia tak yah nak berhenti kerja. Kadang-kadang, gaji siput macam ni lebih tinggi dari habuan untuk top blogger (bukan Budiey).

Semoga cerita-cerita macam ni menjadi pengajaran kepada kita semua.

SOSEH SOSEH: Nak beli seluar dalam pun tak lepas

SS tengok sekarang ramai tergila-gila hendak menjadi artis. Ada yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji lima angka pun sanggup meninggalkan kerjaya masing-masing demi menceburi bidang seni. Alasan mereka, minat dan bakat yang dianugerahkan Allah s.w.t. Betullah tu, tetapi industri seni kita ini kecil saja, malah penawaran kini melebihi permintaan.

Cuba tengok sekarang, berapa ramai penyanyi dah jadi pelakon. Mungkin sebelum diri sendiri menjadi artis, mereka terpesona melihat artis idola mereka keluar dalam akhbar dan majalah bergaya dengan pakaian mahal.

Artis wanitanya pula bersolek mampan dengan bulu mata panjang lentik seperti bangunan KLCC.

Jadi, gambaran seperti itu sudah tentu memberi harapan tinggi betapa mewah dan seronoknya menjadi anak seni, setiap hari pakai baju cantik. Tetapi tidakkah mereka tahu sebahagian baju yang digayakan itu, adalah ihsan penaja.

Ada juga yang mampu beli sendiri, tetapi kalau setiap hari menghadiri sesi fotografi, mana tahan! Kalau ada tawaran pun, bayarannya alahai! Pun begitu, masih ramai yang berminat menjadi artis. Dek kerana itu juga ada produser yang sudah mengambil kesempatan.

Dijadikan mereka yang berangan hendak jadi pelakon itu sebagai artis residen syarikat produksinya. Apa lagi, melonjak sakanlah kerana dalam sekelip masa dah dapat peluang berlakon.

Maka tanpa membaca kontrak yang diberikan dengan teliti, mereka pun menandatangani watikah itu. Rupanya surat kontrak itu menjerat diri mereka sendiri apabila produser itu bayar ikut suka hati dia aje tanpa memikirkan langsung perasaan dan penat lelah orang lain.

Cuba bayangkan ada artis residen itu dibayar RM1,200 untuk berlakon dalam drama 40 episod terbitan syarikatnya. Hendak beli seluar dan baju dalam pun tak lepas. Tetapi hendak buat macam mana nasi sudah jadi bubur. Produser itu bergaya dengan kereta mewahnya, tetapi artisnya hanya mampu naik bas dan sesekali ke lokasi tumpang kereta kawan. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo of the Day: Royal Selangor Gallery

Trivia: Jam Tangan dan Cermin Mata Hitam Pelakon Remaja