MENGUCAP panjang CAK dengar perihal seorang aktor popular yang sudah masuk usia senja. Mana tidaknya, seorang teman CAK terserempak dengannya, yang pernah membintangi beberapa filem dan sekarang popular sebagai pelakon drama, ghairah bercumbu dengan seorang gadis bawah umur di sebuah kelab ‘murah’ di ibu kota.
Terus CAK teringat lakonannya sebagai seorang imam dan ayah yang baik sebelum ini. CAK memang kagum dan meminatinya tapi selepas dengar cerita ini, rasa geli-geleman pula.
Teman CAK tadi terus bercerita yang aktor itu memang kerap berkunjung ke kelab berkenaan kerana lokasinya bukan di tengah bandar raya dan tidak ramai pengunjung Melayu ke situ. Jadi aktiviti haramnya dapat dikaburkan.
Teman CAK yang sememangnya terkenal dengan sikap ‘penyibuknya’ terus menyelidik siapakah gerangan gadis tadi. Rupa-rupanya gadis itu adalah pelacur yang selalu melayan pelanggannya di kelab itu. Lebih teruk lagi, gadis itu bawah umur. Tak sangka pula CAK yang aktor ini suka spesies muda belia.
Namun sebenarnya CAK susah nak selidik lebih pasal aktor itu sebab selama ini dia tidak pernah mendedahkan kisah peribadinya dan wartawan jarang menemubualnya. Jadi CAK tak tahu sama ada dia sudah berkahwin semula atau tidak selepas dia bercerai dulu.