in

Gossip Pelakon Selebriti Muda dan Love Bites?

Semalam, Budiey ada bertemu dengan seorang pelakon muda di satu pelancaran drama. Dia ni dikatakan sangat kacak sehingga dapat menarik ramai peminat dengan hanya berlakon 2 buah drama sahaja. Kuat betul impak dia! 

Masa meneliti gambar-gambar yang Budiey ambil tu, Budiey ada ternampak ada kesan gigitan di leher sebelah kiri pelakon remaja yang baru berumur 21 tahun. Tapi tak nak lah buat spekulasi yang negatif sangat. Mungkin ini gigitan nyamuk atau kesan jerawat. Tapi pelakon ni muda lagi tapi nampak garang sebab muka dia maskulin habis. Tu yang buat gadis-gadis tergila-gila kat dia. 

Budiey dapat tahu pelakon ni akan jadi popular satu hari nanti… komen-komen dari peminatnya kat blog ni memang banyak sekali.

Pelakon muda ini dikatakan dah putus cinta dengan Minah Salleh’ yang berasal dari Ukraine. Diorang terpaksa putus sebab Minah Salleh ni terpaksa fly for good balik negara asalnya. Dengarnya, awek dia dulu kerja model kat sini. Dan selepas itu, pelakon ni katanya telah putus cinta dengan seorang gadis Melayu yang tak kurang lawa jugak. Putus cinta sebab awek dia ni terlalu mengongkong. Diorang kenal masa satu majlis kenduri makan-makan.

Setelah putus cinta sebanyak 2 kali, adakah pelakon muda ini sedang bercinta sekarang ini? Kalau betullah itu love bites… mesti dia sekarang dah ada pengganti, kan?

Budiey respek pelakon ni sebab dia suka berterus terang dan rileks semasa menjawab soalan dari media. Semoga pelakon ni terus maju.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsep Anugerah Skrin 2009 Lebih Meriah?

Siapa Pemenang Gadis Melayu Musim Ke-2