Dunia artis ini memang penuh dengan kejadian yang kadangkala tidak tercapai oleh akal fikiran. Ada sahaja gosip-gosip panas yang melanda. Gosip yang sampai ke telinga GUA kali ini juga tidak kurang sensasinya.
Ini kisah pelakon lelaki yang pernah dikatakan mengamalkan hubungan terlarang. Bagaimanapun, si pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan yang menafikan perkara tersebut. GUA pun terkejut juga apabila dia dikaitkan dengan gejala tidak sihat itu. Maklumlah kalau tengok secara luaran, orangnya nampak baik dan sopan. Lebih-lebih lagi selepas membintangi drama bercorak Islamik yang agak popular sekarang ini.
Berbalik kepada gosip tadi, malam minggu tempoh hari GUA bertemu dengan beberapa rakan lama dalam industri hiburan tanahair. Sekali lagi cerita mengenai pelakon ini timbul. Menurut rakan GUA itu, pelakon lelaki ini memang pernah menjadi ‘belaan’ seseorang tidak lama dahulu. Malah, bukan untuk seorang dua, tetapi ramai sehinggakan dia digelar ‘piala pusingan’ kerana sering bertukar ‘mak ayam’.
Masyallah! Terkejut betul GUA mendengar perkara ini. Mudah-mudahan pelakon lelaki ini telah insaf dan tinggalkan terus tabiat lama dia itu. Memandangkan sekarang ini dia pun sudah mempunyai teman istimewa, lebih baiklah cepat berkahwin. Bukan apa, dapat juga hindarkan fitnah. [sumber]