in

Gossip Pelakon Hantar SMS I Love You

ORANG sekarang kalau mengarang ayat untuk kiriman SMS, dah tak ada pantang larang lagi.

Hantar SMS dekat suami orang pun boleh cakap ‘I Love U, I Miss U’. Itulah gosip panas yang SS dengar, membabitkan pasangan suami isteri terkenal dengan seorang aktres ternama yang menjadi punca konflik.

Sebelum ini pasangan selebriti berkenaan mendirikan rumah tangga atas dasar cinta dan kepercayaan. Memang SS tengok mereka pun sangat romantik dan ‘sporting’.

Namun akhir-akhir ini, isteri artis lelaki itu rasa lain macam. Tergerak hatinya untuk menyemak bil telefon bimbit suaminya itu kerana muka suratnya lebih tebal daripada biasa.

Belek punya belek, ia penuh dengan kiriman SMS berbalas dengan seseorang. Hai, siapa pula orangnya yang menghantar SMS itu? Malah, ada masanya mereka bergayut lama berdasarkan apa yang tercatat dalam bil telefon suaminya itu.

Lalu, selepas menyiasat dengan syarikat telekomunikasi terbabit, alangkah terkejut isteri artis itu kerana ia datangnya daripada seorang aktres yang rumah tangganya kalut bergoncang.

SS kagum dengan kehebatan dan keberanian isteri artis itu dalam mencari jawapan yang sahih. Namun selepas mendapat tahu dengan siapa suaminya berkomunikasi selama ini, maka remuk redam dan hancur luluh hatinya itu. Isteri tadi terus merajuk lalu membawa diri ke suatu tempat persembunyian.

Kemudian, suaminya terus jadi gelabah dan rasa amat bersalah. Puas dia mencari di mana isterinya membawa diri dan akhirnya mereka bertemu semula di tempat mereka mula-mula menjalinkan percintaan. Aduh manisnya pertemuan itu…

Di situ, suaminya merayu-rayu dan membuat pengakuan sebenar. Katanya, mereka hanya sekadar kawan seperjuangan dan kebetulan aktres itu hanya meluahkan mengenai kemelut rumah tangga saja dan tidak lebih daripada itu.

Mengenai ayat ‘Love U’ dan ‘Miss U; pula jelas suaminya, ia sekadar kata-kata mesra aktres itu kepada semua orang yang rapat dengannya.

Ha, sesuai sangatlah tu. Kalau semua orang pemikiran macam aktres itu, tentu aman dunia ini. Nasib baik isteri artis itu masih boleh memaafkannya dan memberikan peluang kedua kepada suaminya yang akal pendek itu.

Namun SS hairan dengan sikap aktres yang mengirim SMS itu kerana sebelum ini dia dilihat tidak pernah kacau suami orang. Dia juga sangat profesional dalam kerjayanya tapi entah kenapa dia tiba-tiba berubah laku? Mungkin perubahan itu terjadi kerana kemelut yang melanda hidupnya kini.

Kalau ya pun, aktres itu hendak melepaskan tekanan hidup, janganlah pilih suami orang. Banyak lagi lelaki bujang ada di dunia ini untuk dihantar SMS sebegitu. Fikirlah soal rumah tangga orang dan bagaimana susahnya hendak menjaga rumah tangga pada zaman ini yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gosip Artis Isteri Tua Makan Hati

Program Muzikal Raya Semua Untukmu… Anuar Zain TV3