Barangkali nama Nadine Alexandra agak asing di Malaysia. Tetapi di negara seberang, gadis berdarah Inggeris cukup dikenali semenjak dinobat sebagai Ratu Cantik Indonesia 2010. Sementelah baru-baru ini jadi perhatian ekoran ‘adegan panas’ dia melakukan seks dengan seorang pelakon wanita?
Menurut laporan media Indonesia, bagaimanapun aksi tersebut sebetulnya adalah salah satu babak dalam filem terabru lakonannya berjudul Loe Gue End.
Dalam filem arahan sutradara Awi Suryadi itu Nadine memainkan peranan sebagai Alana. Gadis yang ketagih alkholol yang hidupnya berantakkan setelah kedua ibu bapanya bercerai.
Menurutnya, filem tersebut menggambarkan sisi gelap anak muda dengan aktiviti sosial bebas.
“Filem ini bukan mahu mendidik remaja tenggelam ke dunia gelap tapi berusaha menghindari agar mereka tidak terjerumus ke dunia tersebut”, ujar Nadine.
Dalam filem berdurasi 80 minit itu menuntut gadis berusia 21 tahun ini ‘melakukan’ adegan seks dengan wanita lain, iaitu pelakon Kelly Tandiono.
“Bimbang dan gementar juga ketika melakonkan babak itu. Tapi mujurlah hanya 2 hingga 3 take saja”, katanya yang turut memberitahu dia ada menjalani reheasal sebelum melakonkan babak tersebut.
Filem Loe Gue End akan tayang di dipagawam seluruh Indonesia pada 1 November 2012. Selain Nadine dan Kelly, antara bintang lain yang turut terlibat seperti Dimas Beck, Manohara, Dion Wiyoko, dan Moudy Zanya.