Nampaknya, Mawi terpaksa tabah mengharungi dunia sebagai artis. Tak habis-habis dugaan datang menimpa dirinya walaupun namanya sudah tak seharum dulu. Tapi orang masih cakap itu ini dan menyebarkan fitnah dan spekulasi yang tak betul tentang Mawi.
Kena boo di ABP… Mawi sabar.
Dikatakan berlagak poyo… Mawi lagi sabar.
Mawi dah bankrap?… Mawi boleh sabar lagi.
Tapi… yang terbaru, Budiey dengar tentang gosip Mawi kahwin lagi satu di Temerloh, Pahang berusia 24 tahun pada minggu lalu… adakah Mawi mampu untuk bersabar?
Sabar itu separuh dari iman dan mungkin Tuhan mahu menduga sejauh mana kesabaran dari Mawi. Sabar la kan Mawi. Nak dekat bulan puasa ni, bawa-bawa lah bersabar.
Ada dua version gossip, satu kata mawi kahwin di Temerloh Melaka dan satu lagi kata, Mawi kahwin di Melaka.
Semasa ditanya tentang gosip yang semakin galak bertebaran ini, Mawi hanya mengatakan, cintanya hanya untuk Ekin seorang. Mawi menafikan yang dia berkahwin lagi seorang. Ada bini nombor dua buat apa kalau tak bahagia, kan? Ada yang kata juga, Mawi terpaksa kawin satu lagi sebab mahu nak anak.
“Saya dah lali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif, jadi saya reda sahaja kali ini.Semua ini di luar kawalan saya,” jelas Mawi ketika dihubungi di sini semalam.
Adakah benar Mawi kahwin lagi? Kalau betul Mawi kahwin dua, lambat laun diketahui orang juga. Adakah betul gossip mengatakan Ekin mengizinkan Mawi berkahwin lain? Jadi, baik tak payah nak sembunyikan. Mawi patut berbangga dengan mengumumkan dan buat sidang media. Ini membuktikan Mawi masih lagi popular. Kalau tak glamer, orang takkan cakap pasal Mawi lagi. Betul tak?
Kepada Mawi, apa-apa yang melanda, harap bersabar.
Pada hari ini, gossip tentang Mawi telah keluar di akhbar:
BERITA tergempar lagi sensasi! Panas… panas… panas… kalau CAK dedahkan nama selebriti popular ini, pasti ramai yang terkejut beruk. Apa tidaknya, dia berkahwin dengan wanita pilihan hati dan rumah tangga dibina sangat bahagia.
Aik! Bila masa pula dia berkahwin lagi? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba timbul cerita sensasi ini. Menurut si pengadu, selebriti itu baru saja berkahwin dengan wanita berusia pertengahan 20-an.
Katanya lagi, isteri kedua selebriti itu seorang model dan sangat cantik. Khabarnya artis itu kecewa apabila isteri pertamanya tidak hamil dan menggunakan alasan itu untuk berkahwin lagi. Malah perkahwinan itu direstui isteri pertama.
Majlis itu berlangsung April lalu di Melaka, dengan hanya dihadiri keluarga terdekat, termasuk kakak dan abang ipar selebriti ini.
Hmmm… CAK sedikit sangsi dengan perkhabaran ini. Bukan apa, sepanjang kenal dengan artis ini, CAK tahu dia sangat sayangkan isterinya, bahkan sanggup lakukan apa saja untuk wanita idamannya.
Bukan sedikit dugaan terpaksa ditempuh untuk memiliki isterinya, macam-macam tohmahan dan cercaan terpaksa ditelan. Takkan semudah itu dia berpaling tadah selepas berhempas-pulas mencari jalan supaya pilihannya itu diterima peminat? Lagipun seingat CAK, isteri selebriti itu tidak ada masalah untuk mengandung cuma mereka belum ada rezeki. Sejauh mana kebenaran cerita ini masih lagi dalam siasatan CAK. Manalah tahu kalau betul pula, cerita ini boleh jadi berita besar.