Gossip ini Budiey petik daripada Berita Harian. Dulu gosip pasal artis wanita berketiak hangit tapi kali ini pelakon pula. Mmm…
CIK Normah pernah berkongsi cerita mengenai seorang artis yang tidak peka untuk menjaga hal berkaitan kebersihan badan. Rupa memang kacak tapi alahai bau kakinya cukup menyentap jiwa. Sebelum ini pun ada pelakon wanita yang pernah dikaitkan kononnya mempunyai masalah bau ketiak.
Tapi seiring dengan peningkatan popularitinya, pelakon wanita itu sudah pandai menjaga kebersihan diri. Macam itulah yang kita nak. Cik Normah mengerti isu ini memang sangat sensitif. Tapi makan pengat, sendiri mahu ingatlah.
Alang-alang terkeluar cerita ini, teringat Cik Normah kisah yang disampaikan Donna Marcella yang semakin cantik sejak kebelakangan ini. Patut pun cantik sebab Donna sudah amalkan petua penyanyi Alyah yang makan madu setiap pagi.
Berbalik kepada cerita tadi, Donna memberitahu mengenai seorang pelakon lelaki yang semakin popular dan disifatkan kacak jugalah orangnya. Kejadian ini terjadi ketika dia terbabit dengan sesi fotografi yang kebetulan menggunakan khidmat penaja bagi menaja busana untuk pelakon lelaki itu.
Nak dijadikan cerita selepas fotografi selesai, penaja baju itu sempat mengomel mengenai bau yang datangnya daripada bahagian ketiak baju yang dipakai pelakon itu. Baunya sangat semerbak sampai geli anak tekak penaja baju itu. Cerita itu disampaikan kepada wartawan yang mengendalikan fotografi itu.
Cik Normah pun tak sangka sebab melihat pelakon yang dimaksudkan itu, memang dia cukup sempurna kepada mereka yang memujanya. Tapi sedih akak dik, tak pandai jaga kebersihan diri kerana bau ketiaknya pasti membuatkan orang tak lalu nak makan.
Cik Normah bukan berniat mahu mengaibkan pelakon itu. Tapi sebagai selebriti mahupun manusia, sebaiknya kita menjaga kebersihan diri. Letak pewangi ketiak atau sembur dengan minyak wangi pun sudah memadai. Cik Normah yakin pelakon itu mampu membeli minyak wangi berjenama mahal. Tepuk dada tanyalah selera!