in

Gossip: Kerenah Artis Gila Meroyan

Dengarnya… Kerenah artis ‘gila meroyan’
Dipetik dari Berita Harian

CIK Normah tak tahulah hantu apa yang sudah merasuk pelakon wanita yang seorang ini. Tak habis-habis nak meroyan. Cik Normah ingatkan bila umur sudah makin meningkat perangai dia akan berubah tetapi sebaliknya pula kerana ketidakwarasannya semakin memuncak.

Nasib baiklah pelakon yang bertubuh montok itu bukan kaum kerabat Cik Normah. Kalau dia adik Cik Normah atau saudara mara Cik Normah, memang dah lamalah jawabnya muka dia Cik Normah sagat dekat jalan tar atau paling tidak dekat lantai simen belakang rumah.

Maaflah Cik Normah terlebih emosi pula. Macam mana Cik Normah tak emosi, kalau sesiapa yang mendengar cerita disampaikan seorang pemanggil ke pejabat Cik Normah baru-baru ini pun akan naik hantu juga. Bayangkan, di manakah adabnya apabila memanggil seorang tua dengan panggilan khinzir! Tak kurang ajar namanya? Cik Normah tak menyalahkan ibu bapanya kerana artis wanita yang pernah membintangi sebuah drama bersiri popular satu ketika dulu ini memang terkenal dengan sikapnya yang kepala angin. 

Silap-silap hari bulan, ibu bapanya pun ditengking juga. Pasal itulah dia tak tinggal sebumbung dengan keluarganya sebaliknya dia tinggal bersendirian. Kisahnya, orang yang menelefon ke pejabat Cik Normah itu mendakwa dia adalah jiran kepada aktres gila itu. Ceritanya salah seorang lagi jiran mereka sedang melakukan pengubahsuaian rumah, oleh kerana rumahnya sedang diubah suai, jiran si aktres itu pun meletakkan perabotnya di kaki lima kondominium mereka.

Cik Normah pun tak faham kenapa aktres itu nak mengamuk tak tentu fasal. Akibat tak puas hati dia pun menghantar surat kepada pihak pengurusan. Yang tak sedapnya, dia menggunakan binatang haram sebagai kata ganti nama untuk jirannya itu. Aduan aktres itu rupanya diketahui tuan rumah berkenaan serta beberapa jirannya. Kata jiran yang menelefon itu lagi, dia dan jiran yang lain memang dah masak sangat dengan perangai gila si aktres itu.

Satu lagi kisah bengang, satu hari dia pernah terserempak dengan aktres itu. Waktu itu tak tahulah di mana pergi kereta mewahnya. Aktres itu tanpa segan silu meminta jirannya menumpangkan dia ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli kad prabayar. Jiran tu tadi tanpa banyak cerita tolonglah hantar aktres itu ke destinasi yang dipinta, selepas itu dia boleh pula minta hantarkan dia ke bank untuk keluarkan duit sekejap. Walaupun arah tuju jirannya sudah bertentangan, jiran yang baik hati ini masih lagi bersedia tolong hantar kerana simpati. Selepas ke bank, dia minta pula tolong hantar ke hentian teksi.     

Sudahlah minta tolong, aktres itu banyak kerenah pula. Dia minta jirannya memberhentikan kereta betul-betul di sebelah teksi. Tak tahulah pula sama ada kerana pakaiannya yang seksi hingga ternampak segala lurah dendam atau tidak mahu orang nampak dia menaiki teksi. Beberapa hari selepas kejadian itu, jiran tadi terserempak lagi dengan si artis ketika sedang berjoging di kawasan rumah mereka. Dari jauh dia berhasrat nak menegur artis itu, tetapi apabila mereka sudah hampir dekat, artis itu boleh buat tak tahu pada jirannya. Terus si jiran bengang dan berjanji tak mahu lagi menolong pelakon wanita yang tak kenang budi tu.

Cik Normah percaya cerita itu bukan direka-reka sebab Cik Normah pernah dengar beberapa orang bercerita mengenai sikap artis ini. Patutlah sekarang ini kerjayanya tak ke mana sebab angkuh tak bertempat. Kikis-kikislah sikap ego itu, esok kalau susah betul tak ada orang nak tolong baru padan dengan mukanya yang hidung tinggi itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Gathering Shawal FC Retro Agogo II

Sinopsis Drama Seram Tower 13 Lakonan Dira Abu Zahar