in

Gossip Julia Ziegler Dan Yusri KRU Bercinta?

Bulan Febuari yang lepas, Budiey ada dengar pelakon & model tinggi lampai Julia Ziegler ada hubungan rapat dengan Yusri KRU. Ada peminat bertemu mereka berdua sedang makan bersama-sama di sebuah restoran di ibu kota. Betul ke mereka bercinta atau mereka teman tapi mesra? Atau sekadar kawan biasa?

Jom kita tanya si Julia.

Semasa menghadiri majlis penyampaian hadiah peraduan Filem Kayangan yang lalu, Budiey sempat mendengar sendiri dari mulut tuan empunya diri, Julia Ziegler. Gadis manis yang bakal sibuk dengan pengambaran filem Jangan Tegur arahan Pierre Andre ini mengaku yang Yusri KRU adalah teman rapatnya. Tapi sekadar kawan biasa sahaja. Tidak lebih itu. Julia mahu fokus kepada kerjaya dan famili. Tapi apabila dibaca melalui hint-hint yang diberikan seolah-olah Julia suka berkawan dengan Yusri dan semacam mereka mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan.

Pendapat Julia tentang Yusri?
Di mata Julia, Yusri seorang baik hati, memahami jiwa dan dia banyak tahu tentang hati budi Julia dan sememangnya mereka berdua masih dalam peringkat kenal mengenali. Julia suka seorang lelaki yang natural dan jujur. Memang agak payah untuk mereka bertemu sebab kedua-duanya terlalu sibuk. Nak kena buat appointment untuk bertemu. Sekiranya ada masa untuk bertemu pun, itu pun atas dasar rakan sekerja. Yang penting masing-masing happy dalam berkawan.

Julia mengaku mereka memang satu kepala. Sehati sejiwa gitu. Yusri pula tidak hipokrit dan tidak berpura-pura. Kalau suka, Yusri akan kata suka dan begitulah sebaliknya.

Selalu ke korang calling-calling?
Dalam seminggu ada dalam dua kali.

Julia Ziegler merupakan salah seorang top 5 finalis Anugerah Bintang Popular untuk kategori Artis Baru Wanita popular. Sebelum itu, Julia tersenarai dalam pemilihan pertama dalam kategori Most Popular Female Film Actor 2007, Most Popular Female TV Actor 2007, Most Popular New Female Artist 2007.

Julia memang terkejut bila dapat tahu namanya tersenarai dan bersaing dengan bintang ternama seperti Mila dan Heliza. Turut tercalon pelakon Fouziah Gous dan penyanyi Farah Asyikin. Budiey rasa agak sukar Julia akan menang sebab Mila ramai peminat. Sah-sah mila akan menang, kan?

Layari blog Julia Ziegler di:
http://juliaziegler.blogspot.com

[tags]julia ziegler cinta yusri kru, gossip yusri kru, kayangan indera puri, parti keadilan, sms lawak jenaka, luna maya bikini, artis ida nerina, xu wei lun, nori abdullah, how to pick up, fable buletin, mesra.net[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Beli Akhbar KOSMO! Hari Ini!

Sinopsis Drama Dari Mata Arisa