in

Gossip Isteri Penyanyi Larang Suaminya Pegang Tangan

Dipetik dari Harian Metro:

SOSEH SOSEH: Isteri larangan pegang tangan

PENYANYI lelaki ini memang popular. Kalau sebut namanya, ramai yang kenal, tetapi SS perhatikan akhir-akhir ini namanya kurang menjadi sebutan. SS tidak pasti sebab apa kerana tiada produk baru atau peminat sudah bosan dengannya.

Kalau dulu, memang menjadi perhatian. Bukan hanya mempunyai ramai peminat, malah rezeki juga murah hingga kata orang, tak menang tangan. Aura penyanyi ini memang kuat ketika itu hingga kebanyakan persembahan pasti ada mukanya.

Tapi SS percaya hidup umpama roda. Tidak selamanya kita berada di kedudukan teratas. Begitu juga nasib menimpa artis ini apabila populariti yang pernah dikecapi makin hari makin hilang.

Namanya seakan dilupakan hinggakan tawaran diterima juga tidak banyak. Selain menyanyi, artis ini juga ditawarkan berlakon. SS dengar, artis ini akan muncul dengan filem baru tidak lama lagi. Biarpun mutu lakonannya belum diketahui bagus atau tidak, tetapi apa yang lebih menarik perhatian SS ialah cerita menarik di lokasi penggambaran filem itu.

Khabarnya, penyanyi ini yang memainkan watak utama tidak dibenarkan berpegang tangan dengan pelakon wanita yang menjadi kekasih dalam filem itu. Terkejut pula SS apabila dengar cerita begitu ialah kalau namanya sudah artis, mengapa pula memberi syarat seperti itu. Tapi SS tabik dengan artis itu kerana tetap mempraktikkan ajaran agama dalam kerjaya seni.

Bersentuh tangah antara bukan mahram hukumnya haram. SS teringat pula kontroversi yang pernah dicetuskan artis wanita tidak lama dulu yang memberi syarat saya apabila berlakon satu filem.

Kecoh juga dibuatnya, tetapi artis itu berbuat demikian sesuai dengan penampilannya. Tapi dalam kes artis lelaki ini, SS hanya terkejut apabila mendengar sebab berbuat demikian. Rupa-rupanya, penyanyi itu dikenakan syarat oleh isterinya yang dikatakan cemburu dengan pelakon wanitanya. Bagi SS, isteri artis itu perlu profesional ketika bekerja. Kalau mahu mempertahankan prinsip agama, mungkin satu hal juga, tetapi ini kerana cemburu.

Kalau berlakon, sudah jadi lumrah pasangan kekasih dalam filem atau drama, pasti ada adegan romantis seperti berpegang tangan. SS sendiri faham lakonan seperti itu hanyalah mengikut kehendak plot agar penonton lebih menjiwai ketika menonton.

SS harap artis ini dan isterinya berfikir dengan serius kalau mahu terus membabitkan diri dalam seni. Jangan sampai nanti peminat bosan dengan sikap macam-macam artis kesayangan mereka. Secara peribadi, SS rasa penyanyi ini perlu pandai buat keputusan sendiri dengan lebih rasional agar jangan sampai peminat cop dia kena ‘queen control.’

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem-Filem Menarik Sepanjang Julai di 8TV

Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila