Tengah heboh diperkatakan sekarang ini ialah gossip tentang pelakon popular Hanez Suraya dikatakan menjalinkan hubungan cinta dan bakal bernikah dengan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dan yang paling mengejutkan, ada beberapa pihak mengatakan kekasih Hanez Suraya adalah suami orang. Betul atau tidak gossip ini, kenalah tanya tuan empunya badan.
[pullquote]Apa yang Budiey dengar, memang Hanez Suraya ada mengatakan beliau akan kahwin dalam masa yang terdekat ini dan Budiey juga tak sabar nak tengok Hanez Suraya kahwin. Kalau buat live update di majlis nikah Hanez Suraya ni, mesti best gak ni.[/pullquote]
Semasa bertemu dengan Hanez Suraya semasa sidang media pengumuman persembahan dan hos Anugerah Bintang Popular baru-baru ini, Budiey ada bertanya pada Hanez, siapa bakal suami beliau nanti. Sampai sudah Hanez tak nak cakap dan tunjuk gambar. Nak juga Budiey kenal.
Namun, apabila Budiey baca gossip di akhbar, mengatakan bakal suami Hanez itu adalah masih berstatus suami orang, Budiey pun jadi pelik pulak. Maknanya, Hanez akan jadi isteri nombor dua ke? Macam tu? Atau…?
Macam-macam spekulasi dibuat, ada yang kata, Hanez menjadi perampas dan perosak rumahtangga orang. Ish tak baik cakap macam tu, kena usul periksalah dulu ya.