in

Gossip: Gelagat Artis Yang Dahsyat?

Dengarnya…: Dahsyat betul gelagat artis wanita ini
Oleh Normah Becok (dipetik di Berita Harian)

SUDAH beberapa kali Cik Normah menulis mengenai seorang artis ini. Sudah pelbagai teguran diberikan, namun semua itu umpama mencurah air di daun keladi. Semakin ditegur makin menjadi-jadi pula perangai kurang eloknya.

Dia diibaratkan seperti buluh yang tidak boleh dilentur lagi. Agaknya kalau sudah penyakit ‘diva’ bertakhta di hati, susah untuk dia merendah diri dan sesekali memandang rumput di bumi.

Dulu pernah kerana sikapnya yang kononnya terlalu menghayati watak membuat beberapa pelakon serik untuk berlakon dengan dia. Apa tidaknya habis lebam badan budak-budak itu dikerjakan apabila dia ‘naik hantu’ kerana terlalu menghayati karektor. Itu belum lagi mendengar jeritannya yang bingit. Boleh sesak nafas Cik Normah kalau mendengar dia mengomel. Mungkin kerana itu, wajahnya agak jarang menghiasi drama televisyen.

Penerbit mana yang boleh bertahan kalau semua terpaksa tunduk mengikut kehendaknya. Baru-baru ini dia buat hal lagi membuatkan teman Cik Normah yang bekerja dengan sebuah produksi naik angin.

Apa tidaknya, dijeritnya teman Cik Normah kerana menikmati hidangan yang disediakan pihak produksi. Tapi dia salah, kerana orang yang dijerit itu sebenarnya seorang wartawan. Cuma dia tidak kenal kerana mungkin si wartawan itu tidak pernah menemubualnya.

Teman Cik Normah itu pun bukan terhegeh-hegeh sangat mahu menikmati hidangan. Dia pun bukanlah kebulur sangat. Tetapi apabila pihak produksi beriya-iya mempelawa makan, mahu tidak mahu dia pun menerima pelawaan itu. Iyerlah untuk menghormati tuan rumah.

Mendengar saja artis wanita itu membebel tak tentu pasal, teman Cik Normah tadi terus putus selera. Dia rela duduk di tepi longkang sementara menunggu program bermula daripada hati sakit dicerca.

Yang tak sedapnya, artis wanita itu tidak pula mencermin diri sendiri. Tidak pula dia marah sanak saudara serta kaum kerabatnya yang bersepah di bilik itu dan bebas menikmati hidangan yang disediakan untuk krew produksi.

Tak faham Cik Normah dengan perangainya ini. Kalau terjadi kepada Cik Normah, mahu Cik Normah pulangkan paku buah keras kepada pelakon itu. Apa dia ke yang keluarkan duit untuk beri krew produksi makan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Muzik Video Ayuh Kawan Lagu Tema Filem Estet

Juadah Buffet Berbuka Puasa 2009 di Hard Rock Cafe