in , ,

Gossip Fasha Sandha Makan Hati & Bidadari Fouziah Ghouse

Al-kisahnya, Fasha Sandha sekarang ini tengah makan hati berulam jantung. Alahai, kesian betul Budiey tengok Fasha Sandha. Sekarang tak cukup dengan orang duk kata pasal Fasha itu dan ini, ada satu lagi benda dah berlaku kat Fasha yang tak ramai yang tahu. Sebab benda ni baru je berlaku dalam 2-3 hari ni.

Kalau nak senaraikan kronologi apa yang berlaku kat Fasha, memang panjang berjela. Kisah yang Budiey nak citer ni bermula apabila ada orang cakap dan tengok Fasha Sandha duk ‘kipas’ dan duk manja-manja dengan seorang kuat dalam industri yang terkenal ni. Siap ada gambar lagi sebagai bukti. Tapi sekarang ni, sejak ada seorang bidadari manis jelita turun dari kayangan… dan bidadari itu… (biarlah Budiey sebut nama bidadari yang cantik dan manis ni…) nama dia Fouziah Ghouse. Korang yang tak kenal siapa bidadari ni… dia adalah pelakon dan model yang semakin hari semakin meletop. Pernah menang Pelakon Harapan Wanita Popular dalam Anugerah Skrin 2007. Terbaru, Fouziah berganding dengan Farid Kamil dalam drama Enigma di TV3.

Sejak Fauziah Ghouse mendapat tempat dalam industri seni hiburan, nampaknya orang kuat dalam industri yang dulu selalu kelihatan berkepit dengan Fasha Sandha, kini sudah beralih arah dan say bye bye to Fasha. Kesian Fasha mengigit jari. Menangis tak berlagu dia.

Budiey dulu pernah buat ramalan, Fouziah Ghouse akan popular sama taraf dengan Fasha suatu hari nanti. Tak lama, tengok tahun ni je. Tapi tu cuma ramalan je. Tak semestinya betul-betul berlaku. Tapi tak mustahil akan berlaku. Kita kan manusia. Tak sentiasa kita berada di atas. Budiey bukannya cakap zaman Fasha sudah berlalu. Fasha masih lagi popular. Tapi Fasha meletop dulu pun sebab Anugerah Bintang Popular. Menang aje ABP, terus je nama Fasha laku macam goreng pisang panas.

Kalau Fauziah Ghouse menang dalam ABP nih, tak hairan jadi macam Fasha. Memang makin laku dia. Sekarang pun, Fouziah kerap jadi bahan media massa. Dalam pada itu, Fasha dah tentu akan menggunakan apa sahaja untuk mempertahankan gelaran. Macam-macam benda dah Fasha kena. Kontroversi, gossip dengan orang ni, gossip dengan orang tu… dan sebenarnya Budiey tengok gossip dan kontroversi melibatkan Fasha sedikit sebanyak menaikkan nama dia. Tapi sampai bila Fasha akan terkenal dan meletop dengan gossip liar sebegini?

[tags]gossip fasha sandha, fasha makan hati, fouziah ghouse, progfile fouziah ghouse, anugerah skrin 2007, gossip fauziah ghouse, fasha rampas suami nora, gambar seksi nora, hot banget, kapanlagi.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?

Teater Sambanthan Tokoh Pejuang & Keadilan