Takpelah Hans, bak tagline motto Walls Cornetto “hidup biar sedap”, enjoylah… dan hidup juga mesti diteruskan. Fasha Sandha pun lawa, seksi dan cantik juga, kan?
Gambar Hans Isaac dan Fasha Sandha di Harian Metro kelihatan mesra di majlis 1st wedding anniversary Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Mereka duduk sebelah menyebelah dan nampak begitu intim macam dah lama berkawan.
Gossip Hans Isaac dengan Fasha Sandha kini telah meletop gara-gara Fasha Sandha bercuti di Paris dan Hans Isaac bercuti di London tidak lama dulu.
Mungkin secara kebetulan atau terancang mereka pergi bercuti pada masa yang sama, lain flight tetapi mereka pulang pada masa yang sama dalam satu kapal, memang satu yang ajaib dan aneh dan ini orang akan syak bukan-bukan.
Tetapi Hans kata itu tidak benar sama sekali kerana mereka cuma tidak lebih dari hubungan kawan sahaja.
Kemudian, Hans Isaac bawa Fasha Sandha tengok dan layan konsert Gwen Stefani pada 21 Ogos lalu, lagilah orang duk kata diorang ni tengah syiok bercinta.
Habis tu, kesianlah kat Pierre Andre… gigit jari. Kata Fasha Sandha bercinta ngan Pierre… aiyo, peninglah cam nih! Yang mana satu pelakon drama Natasha ni nak sebenarnya?
Apa-apa pun, Spekulasi ini dijawab Fasha Sandha bahawa mereka hanya berkawan sahaja setakat ini. Masih tidak ada rasa cinta di hati Fasha Sandha dan mereka pun baru dalam proses kenal mengenali antara satu sama lain.
Hubungan intim Fasha Sandha dan Hans Isaac dikatakan bertambah syiok bila mana mereka menerima tawaran membintangi filem Ikan Laga, terbitan syarikat pelakon itu, Tall Order Production.